Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel yemen

kemurahan Uwais Al-Qarni

Imej
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم   Assalamualaikum semua, pada kali ini topik saya masih berkait dengan seorang wali Allah yang hebat yang terkenal di langit iaitu Uwais Al-Qarni. Pada catatan yang lepas kita boleh lihat ketaatan Uwais terhadap ibunya , sehingga membuatkan beliau begitu terkenal di langit dan menjadi sebutan Rasulullah di hadapan Sayyidina Ali RA dan Sayyidina Umar RA. Siapa belum baca lagi, boleh klik  di sini .  Mari kita berkenalan sedikit dengan biodata Uwais Al-Qarni sebelum bercerita tentang kemurahannya.     Uwais Al-Qarni merupakan seorang pemuda yang masuk islam semasa zaman Nabi Muhammad SAW. Uwais Al-Qarni berasal dari daerah Qaran, di Yaman. Beliau wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan , Turki. Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Nabi, namun beliau tidak pernah berjumpa baginda, Namun selepas kewafatan Rasulullah , beliau sempat bertemu dengan Sayyidina Umar Al-Khattab ...

Uwais Al Qarni, Pemuda yang terkenal di langit

Imej
  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم   Pada hari ini saya akan menceritakan tentang seorang pemuda yang sangat terkenal di langit yang bernama Uwais Al Qarni. Walaupun Uwais tidak dikenali di bumi, tidak terkenal di kampungnya namun Uwais sangat terkenal di langit, sangat terkenal di kalangan malaikat. Bukan itu sahaja, Uwais Al-Qarni juga merupakan pemuda yang disebut-sebut oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bercerita tentang kehebatan pemuda bernama Uwais Al Qarni. Di Yaman, tinggallah seorang pemuda yang bernama Uwais Al Qarni. Uwais seorang pemuda yang mempunyai penyakit sopak, tubuhnya berbelang-belang. Merupakan penyakit yang tidak digemari oleh orang ramai. Uwais berpenyakit sopak sejak lahir dan ibunya menjaganya sehingga Uwais tumbuh dewasa. Walaupun tidak sempurna, ianya bukan satu halangan untuk Uwais berbaikti kepada ibunya dan menjadi pemuda yang sholeh.  Ibu Uwais seorang yang lump...

Wanita Tarim, Bidadari Bumi Yang Terpelihara

Imej
WANITA TARIM, BIDADARI BUMI YANG TERPELIHARA ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan wanita-wanita Tarim. Sebenarnya nak menulis pun saya rasa tak layak, tak layak untuk menceritakan tentang wanita-wanita yang hebat dan terpelihara yang ada di Bumi Tarim. Sesungguhnya mereka wanita yang hebat, terpelihara dan dijaga dengan baik, sangat jauh berbeza dengan saya. Namun, semoga dengan sedikit usaha yang kecil dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Semoga dengan coretan ini dapat menjadikan kita menjadi wanita yang lebih baik dari semalam dan menjadi hamba Allah yang taat. Ini kerana wanita adalah hiasan dunia, maka jadilah sebaik-baik perhiasaan.  Tanpa mengelahkan masa lagi, mari kita mulakan. :) Wanita Tarim sangat menteladani dengan Sayyidah Fatima Azzahra RA. Bukankah kita semua harus menteladani Sayyidah Fatima Azzahra RA. Sayyidah Fatima Azzahra RA adalah contoh yang terbaik untuk kita para wa...

Kenali Kota Seribu Wali, Kota Tarim

Imej
   ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم Assalamualaikum dan apa khabar semua, kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang sebuah kota kecil yang terletak di negara Yaman yang bernama Tarim. Kota Tarim yang baroqah dan penuh bersejarah ini merupakan kota para kekasih Allah swt. Tarim adalah sebuah nama kota kecil yang terletak 1150 Km dari Kota Sana'a iaitu ibu kota Yaman dan juga berperanan sebagai ibu kota wilayah Hadramaut. Wilayah Hadramaut merupakan negeri asal dan tempat tinggal Nabi Hud a.s. dan Nabi Saleh a.s. . Nama Tarim diambil sempena seorang pengusaha di situ yang bernama Tarim bin Hadramaut yang diyakini hidup tiga ribu tahun sebelum kemuculan islam. Nama lain bagi Tarim adalah al-Ghanna yang merujuk kepada banyaknya pohon-pohon yang tumbuh serta sungai-sungai yang mengalir di situ.  Kota ini dikelilingi oleh gunung-gunung yang tandus, lebih tepatnya lagi Kota ini berada di kawasan lembah dan mempunyai keluasan 2,894 km². Kota ini sangat j...