kemurahan Uwais Al-Qarni
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Assalamualaikum semua, pada kali ini topik saya masih berkait dengan seorang wali Allah yang hebat yang terkenal di langit iaitu Uwais Al-Qarni. Pada catatan yang lepas kita boleh lihat ketaatan Uwais terhadap ibunya , sehingga membuatkan beliau begitu terkenal di langit dan menjadi sebutan Rasulullah di hadapan Sayyidina Ali RA dan Sayyidina Umar RA. Siapa belum baca lagi, boleh klik di sini .
Mari kita berkenalan sedikit dengan biodata Uwais Al-Qarni sebelum bercerita tentang kemurahannya.
Uwais Al-Qarni merupakan seorang pemuda yang masuk islam semasa zaman Nabi Muhammad SAW. Uwais Al-Qarni berasal dari daerah Qaran, di Yaman. Beliau wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan , Turki.
Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Nabi, namun beliau tidak pernah berjumpa baginda, Namun selepas kewafatan Rasulullah , beliau sempat bertemu dengan Sayyidina Umar Al-Khattab RA dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA. Uwais seorang pegembala kambing . Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuh. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais , ia segera memukul giginya dengan batu sehingga patah. Hal tesebut dilakukan kerana sebagai bukti kecintaan kepada Rasulullah SAW, walaupun belum pernah melihat Rasulullah SAW. Uwais Al-Qarni pernah disebut namanya oleh Rasulullah SAW di hadapan Sayyidina Ali RA dan Sayyidina Umar RA. Boleh dibaca di sini .
Uwais Al-Qarni terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin iaitu Ali bin Abi Thalib iaitu khalifah yang sah ketika itu dalam Perang Siffin yang diperangi oleh Muawiyyah bin Abu Sufian.
Baik, Pada kali ini saya ingin menceritakan tentang kemurahan Uwais dalam bersedekah . Walaupun Uwais Al-Qarni dari golongan yang miskin namun ia bukan menjadi penghalang untuk Uwais Al-Qarni untuk bersedekah.
Diceritakan pada dahulu Uwais Al-Qarni sentiasa mencari makanan di dalam tong sampah. Uwais akan mengambil makanan serta roti yang masih elok dan belum dimakan lalu diasingkan dan akan diletakkan kembali makanan yang sudah dimakan atau yang kurang elok. Uwais akan membahagikan makanan kepada tiga bahagian. Pertama untuk dirinya , untuk ibunya dan selebihnya akan disedekahkan kepada fakir miskin yang lain. Walaupun dikatakan Uwais paling miskin di kawasan kampungnya namun Uwais tetap besedekah kepada orang fakir miskin yang lain.
Pada suatu hari ada seekor anjing yang mencari makanan di tong sampah. Uwais apabila melihat anjing itu berkata ,
"kamu ambillah bahagian mu dah aku ambil bahagianku. Nanti di akhirat kalau aku dapat merentasi titian As-Sirath dan aku lepas sampai ke hujung maka aku lebih mulia dari kamu wahai anjing , namun jika aku lalui titian As-Sirath dan aku jatuh ke dalam lubang neraka, maka engkau lebih mulia dariku."
Kenapa Uwais berkata seperti itu, kerana kedua-duanya mencari makanan di tempat yang sama. Satu adalah haiwan iaitu anjing , dan satu lagi adalah manusia. Di sini kita boleh lihat betapa tawwaduknya, betapa kemasnya hati Uwais Al-Qarni.
Selepas Uwais Al-Qarni memberi sedekah kepada orang miskin , Uwais berkata :
"Ya Allah tolong jangan tanya aku lagi selepas ini jika ada lagi hambamu yang tidur dalam kelaparan."
Daripada kisah Uwais kita boleh lihat, kehidupan miskin ataupun kaya tidak menjadi halangan untuk kita berbuat baik dan bersedekah kepada orang lain. Walaupun kita tahu Uwais sangatlah miskin, dan bajunya juga sungguh lusuh sehingga bajunya tidak lagi mampu dipakai namun Uwais tetap bersedekah kepada orang lain.
Pada hari ini juga kita boleh lihat di sekeliling kita betapa ramainya orang yang tidur dalam keadaan yang lapar dan tidak cukup duit untuk membeli makanan. Namun, adakah kita cakna tentang itu, adakah kita ambil tahu? Tengoklah jiran kita , adakah mereka baik, cukup ke makan , ada duit ke. Ambil tahu dan jika boleh bantulah mereka. Sama-sama kita menjadi jiran yang baik , masyarakat yang baik kerana Allah. Tak rugi bersedekah, tolong orang .Serta, miskin tak menjadi penghalang untuk kita bersedekah. Bantulah orang lain mengikut kemampuan kita sendiri.
Nasihat ini bukan untuk kalian yang membaca , juga kepada saya juga. Sampai di ini sahaja, segala yang baik datang dari Allah dan buruk serta yang kurang datang daripada saya.
Rujukan
Ulasan