Sayyidina Abu ubaidah رضي الله عنه , Si Gagah dan Jujur
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم Hari ini kita akan mengisahkan tentang seorang sahabat Rasulullah ﷺ yang dijamin syurga iaitu Abu Ubaidah r.a. Nama penuh Abu Ubaidah adalah Amir ibn Abdullah ibn Al-Jarrah. Merupakan salah seorang sahabat dijamin syurga. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Lahir di Makkah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedagang arab. Di antara orang yang terawal masuk islam , selepas Sayyidina Abu Bakar as Siddiq. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa , bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. SIFAT MULIA ABU UBAIDAH Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Rasulullah ﷺ tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha un...