Tausiyah Maulid : Persiapan Menyambut Ramadhan
Majlis Maulid Ad Dhiya Al Ulami
Tajuk : persiapan menyambut bulan Ramadhan
Oleh : Ustazah Alwiyah Assegaf
(muqadimmah)
Tak terasa Ramadhan dah nak tiba. Ramadhan datang tiba-tiba , perginya sangat cepat . Allah tak bagi Ramadahan terus dan Allah meletak bulan Ramadhan sungguh indah. , Allah bagi bulan Rajab untuk kita istigfar dan bula syabaan untuk kita selawat untuk kita menyucikan jiwa. Bagi kita masuk bulan Ramadhan betul-betul suci dan bersih untuk masuk bulan Ramadhan. Sekarang kita harus buat latihan untuk ibadah bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ini sangat mulia. Ramadhan terletak selepas 2 bulan mulia; Rejab dan Syaaban. Allah mengatur semua ini, sungguh sangat2 indah. Syaaban ini bulan Nabi dan Ramadhan adalah bulan umat Nabi. Allah tak bagi terus masuk Ramadhan terus, Allah mendidik kita untuk menyucikan jiwa di bulan Rejab, dipandang dengan penuh rahmat di bulan Syaaban asbab selawat dan masuk ke Ramadhan dalam keadaan betul- betul suci. Allah mengajar kita untuk bersiap sedia untuk memasuki Ramadhan. Ramadhan sangat berkah kerana di bulan Ramadhan dikhusus oleh Allah dengan kemaafan dan banyak berita gembira di bulan Ramadhan. Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dimakbulkan hajatnya dan dicapaikan cita-citanya. Barokahnya sangat agung.
(2 KEBAHAGIAAN BAGI YANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN)
Allah bagi 2 kebahagiaan bagi orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Firman Allah SWT, Dan Allah akan mengurniakan dua kebahgiaan bagi orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Yang pertama , Rasa bahagia masa berbuka puasa. Contoh kita sangat teringin air kepala muda. Bila azan kita minum, rasa kesejukan yang luar biasa. Iaitu Allah mengurniakan kebahagiaan ketika berbuka puasa. Allah yang meletakkan rasa bahagia ketika berbuka. Yang kedua, kebahagiaan ketika berjumpa Allah kelak di dalam keadaan yang bahagia. Sudah tentu.
(SEMPURNAKAN IBADAH DENGAN ADAB)
Akhwat, kita tak pernah tahu keadaan kita di padang mashar kelak. Kita tidak keadaan kita dlam keadaan baik atau buruk. Perhatikanlah setiap kebaikan kita buat. Tidak sempurna di sisi Allah melainkan kita menyempurnakan dan juga disertai adat dan ibadah yang baik. Cubalah sempurnakan setiap kali ibadah kita. Setiap amal sempurna dengan adat bahkan dalam majlis maulid. Tidaklah sempurna setiap amal ibadah itu jika tidak disertai dengan adab.
Bila kita belajar tauhid, ia akan menerangkan kehendak kita, hati kita semuanya kehendak Allah. Allah memberi pilihan untuk kita menjadi baik. Takdir kita di dunia. Contoh si fulan, kamu lahir dari sekian, mati sekian. Namun, Ingat akhirat, tempat kita boleh memilih jalannya. Allah telah memberi sukatan di dunia namun di akhirat kita boleh memilih . Adakah di akhirat kita menjadi orang yang rugi atau beruntung. Namun di dunia Allah memilih untuk kita redha dengan segala ketentuan Allah, kita kaya atau miskin , cantik atau tidak itu sudah ditetapkan , kita hanya harus redha. Namun di akhirat kita harus memilih. Seeloknya seluruh hidup kita disertai dengan adab. Tidak cukup puasa kita dengan rukun dengan syarat, mesti sempurna dengan adab .
(KELEBIHAN BERPUASA DAN BULAN RAMADHAN)
Banyak orang yang berpuasa tetapi dalam dirinya tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Maknanya kita puasa tetapi kita tak dapat makrifat puasa. Kita kenal buku sekian-sekian tapi kita tak baca. Jadi kita tak tahu apa isi di dalamnya. Buku cerita pasal apa kerana kita tidak baca. Begitu juga dengan puasa. Kalau rukun puasa semua orang tahu, anak kecil juga tahu. Makrifatnya itu maksudnya pengenalan , pengetahuan dalam sesuatu perkara.
Jika seseorang itu tahu kelebihan berpuasa, pasti dia akan berangan-angan untuk satu tahun untuk berpuasa. Namun Allah sembunyikan rahsia puasa. Dalam bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu rezeki dan ditutup pintu-pintu neraka. Di dalam neraka syaitan dibelenggu. Allah memberikan pengampunan , mengakbulkan doa, mewajibkan puasa bagi semua orang islam.
Di bulan puasa akan ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga. Allah juga akan membelenggu syaitan dan memberi pengampunan. Allah akan mengabulkan doa. Puasa ini untuk semua orang Islam yang beriman pada Allah dan puasa, maka berpuasalah sepenuh hati, bukan setakat lapar dan dahaga.
Di bulan Ramadhan jugalah turunnya Al Quran, khusus untuk umat Nabi Muhammad. Juga diturunkan Lailatul Qadr yang lebih baik dari seribu bulan.
(PUASA ADA 3 TINGKATAN)
(1) Puasa orang awam : Tingakatan puasa paling rendah. Hanya lapar dan dahaga.
(2) Puasa Khusus : Puasanya orang berpuasa dengan seluruh tubuh badannya, bermakna berpuasa dengan lidah dan telinga , mata daripada hal yang tidak diredhai Allah. Berpuasa dengan jarinya yang tidak menaip dan mengepost benda sia-sia di media social. Berpuasa dari kaki agar tidak membuang masa yang diredhai Allah atau tempat yang sia-sia. Contoh ke Mall sehingga lewat solat. Atau mengisi waktu dengan sia-sia.
(3) Puasa paling khusus : Yang paling tinggi tingkatnya . Puasa dari memikirkan dunia dan hanya fokus kepada ibadah kepada Allah.
(NIKMAT ALLAH BAGI KEPADA HAMBANYA)
Jika dikerahkan segala dan seluruh masa kita untuk bertakafur kepada Allah masih tidak cukup akhwat. berbanding nikmat Allah bagi kepada kita . Terlalu banyak nikmat yang Allah bagi kepada kita. Maka tidaklah kita berasa malu kerana meremehkan puasa? Syukur kita kepada Allah dengan menjadikan ramadhan paling indah.
(KASIH SAYANG ALLAH TERHADAP HAMBANYA)
Rasa cinta ibu ayah kepada kita itu dari Allah . Allah yang bagi . Anak yang kita jaga sejak dari dalam perut lagi kita jaga sampai dewasa . Tapi apabila besar, sia lawan kata-kata kita , Tidak taat kepada kita? Apakah perasaan kita?
Cuba bayangkan bagaimana Allah yang menjaga kita dari sejumlah darah kepada segumpal daging sehingga kita dilahirkan dan membesar . Namun apabila kita dewasa, kita tidak solat , ingkar arahan Allah buat larangan Allah. Kita sombong dan angkuh padahal Allah bagi nikmat kepada kita. Allah sayang kita sebelum kita lahir di muka bumi ini lagi. Maka kurang apa kita. nikmat Allah beri, lahirkan kita di dunia ini, disayangi dan di dalam penjagaan ibu bapa,
Firman Allah , “bila dia dewasa, dia akan bermaksiat pada Aku, namun jika dia bertaubat dengan Aku, Aku akan ampunkan dosa dia macam masa masa dia bayi”. Jadi kurang apa yang Allah anugerahi kita? 😭😭😭
(JANGAN SIA-SIAKAN NIKMAT ALLAH)
Dunia ini sangat singkat . Jadi jangan rugi dan siakan nikmat yang Allah bagi. Jangan sampai kita meminta kembali ke dunia kerana tidak cukup amalan. Jangan sia-siakan nikat yang Allah bagi. Nikmat Sihat, Nikmat usia. --Rugi kita kalau duduk di dalam majlis maulid tanpa ada pembaikkan diri . Hadir majlis ilmu untuk mendapat barakah, keredhaan, tetapi tiada pembaikan diri. Jangan sampai kita berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak mendapat apa-apa kebaikan dari puasa kita. Jadikan Ramadhan yang indah buat kita.
(KELEBIHAN BULAN RAMADHAN)
- Dibukakan pintu-pintu Syurga sebulan penuh.
- Ditutupkan pintu-pintu Neraka sebulan penuh.
- Syaitan syaitan dibelengu.
- Allah SWT memberi pengampunanNya
- Adanya Malam Lailatulqadar yang lebih baik dari 1000 bulan
- Adanya Nuzul Al Quran,
- diberikan Al Quran sebagai petunjuk buat ummat Nabi SAW
📍Barangsiapa yang sentiasa dalam keadaan bertaubat ( beristigfar sepenuh hati ) di Bulan Ramadhan, maka diampunkan baginya dosa-dosa.
(wallahualam, maaf kekurangan nota. Yang baik datang dari Allah, yang lemah dari Allah melalui saya. Ambil yang baik, buanglah yang buruk)
Ulasan