Tips dan nasihat apabila masuk asrama sekolah berdasarkan pengalaman sis
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Assalamualaikum semua dan apa khabar? Pertama sekali terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Kali ini sis akan kongsikan serba sedikit tips dan nasihat buat adik-adik semua yang nak masuk asrama, berdasarkan pengalaman. Sis pernah tinggal di asrama sekolah pada tingkatan 3 dan tingakatan 5. Jadi, sis akan berkongsi sedikit pengalaman sis di asrama sekolah. Bagi makluman semua, Sis bukan bersekolah di asrama penuh, saya bersekolah di sekolah harian biasa je. Apa yang sis cerita mungkin akan berbeza sedikit lah dengan asrama korang. Ini khaskan untuk asrama di sekolah ya, bukan di kolej ataupun universiti. Asrama di kolej dan universiti mungkin akan sedikit berbeza daripada asrama sekolah. Kalau korang nak tips di asrama kolej, boleh drop comment "saya nak", kalau ramai sis postkan untuk tips asrama di kolej.
Sebelum kita masuk asrama, apa yang perlu disediakan?
1. Persediaan barangan yang perlu dibawa ke Asrama (Berdasarkan pengalaman saya)
a) Barang keperluan Sekolah
Pertama sekali kalian bawa barang kelengkapan sekolah. baju sekolah , buku, alat tulis , bawalah segala perkara yang kalian perlu. Segala barang keperluan sekolah korang lah. Jangan lupa bawa lampu mini, kerana asrama kena tutup lampu awal , jadi kalau korang nak belajar, sedialah lampu mini untuk korang study.
b) Baju Keperluan Hariam
Baju ini berbeza mengikut keperluan masing-masing. Asrama sis dulu akan ada dua "prep" iaitu waktu study, iaitu pada sesi 1 (selepas zohor sehingga asar) dan (selepas isyak sampai pukul 10 malam). Pakaian asrama dulu sis diwajibkan pakai baju kurung. Jadi sis biasa akan sediakan dalam 6 hingga 7 baju kurung untuk dipakai. Kalian boleh bawak banyak, kalau malas basuh. Kalau rajin basuh, bawak sikit pun takpe. T-shirt bawa lah sekali , seluar panjang yang sopan. Baju nak tidur sekali.Tapi janganlah bawak banyak sangat, loker bukanlah macam almari kat rumah , kecik ja tau.
c) Keperluan Mandi dan Pakaian
Yang ni korang bawalah segala mak nenek, syampu , sabun mandi, berus gigi serta ubat gigi, pencuci muka dan lain-lain. Bawa bakul kecil sekali untuk letak sabun, dan yang lain. Senang nak pergi mandi , angkut je bakul kecil tu. Tak perlu bawa satu-satu kan bila nak mandi. Bagi pakaian bawalah sabun mandi yang dalam bentuk debu atau cecair, pewangi, pelembut semua. Tapi kalau tak nak bawak banyak, sabun untuk basuh baju pun dah cukup. Kebiasaan asrama tidak disediakan mesin basuh, tapi asrama saya tiada. Jadi yang tiada, korang kena sediakan baldi kosong dalam satu pun dah cukup , kalau dua pun takpe kalau baju banyak. Berus baju, haa nanti nak berus dengan apa kalau tak bawak. Berus dengan tangan ya. Tapi kalau nak bawak balik rumah hujung minggu atau pergi dobi ke takpe. Tapi sedialah baldi kosong untuk letak baju busuk, kalau takde nak letak mana baju busuk tu ataupun bukan baldi, beg khusus untuk baju busuk.
d) Ubatan
Bagi ubatan ni sis cadangkan untuk bawa yang ubat yang asas je macam minyak gamat , panadol, dan ubat luka. Tapi kalau memang sakit dan perlukan ubat, bawalah ubat yang lain-lain. Kalau tak bawak boleh mintak dekat warden asrama , tapi lebih elok bawalah kan. Bagi nyamuk, dekat asama jaranglah yang bawak ubat nyamuk.Tapi kalau nak bawak, pnadai-pandailah jaga. Rasa macam tak perlu pun. Sekarang musim covid kan, jangan lupa bawa santizer sekali tau.
e) Makanan
Makanan dekat asrama agak mewah, dekat asrama sis makan lebih kurang 5 kali sehari (sarapan pagi, makanan tengahhari, minum petang, makan malam, minum malam). Kalau pada hari pesekolahan. Nampak macam wah banyaknya makanan tapi dekat asrama percayalah kalian akan sentiasa lapar. Tambah hujung minggu , nak tunggu antara sarapan pagi dengan makanan tengah hari tu lama tau. Memang di antara waktu lapar, sangat lapar. Jadi dinasihatkan bawalah makanan ringan , maggi ke, biskut , air mineral. Koeang bawak maggi kan, mesti bawak sekali pinnggan , mangkuk , gelas. Korang bawak je mangkuk dengan gelas satu. Tak payah bawak banyak. Air panas tu , selalunya asrama akan ada 'water dispenser". Tapi kalau 'water dispenser' tu rosak, mintak je dengan makcik kantin. Jangan la pergi gaduh pulak dengan makck kantin tu. Kalau tak dapat masak maggi, makan roti dan biskut jelah. :)
f) Outing Atau Nak Keluar Hujung Minggu
Di asrama sis dulu, kami dibenarkan balik dalam 2 kali sebulan, jadi ada dua minggu tu tak dapat balik rumah. Bagi yang rumah dekat, boleh la balik kan masa minggu yang boleh balik. Tapi bagi yang rumah jauh, terpaksalah tunggu cuti panjang. Tapi bila minngu tak boleh balik, boleh keluar outing pada hari tertentu. Haritu kami keluar hari sabtu, Kelantan cuti hari jumaat dan sabtu. Hari Sabtu kami boleh outing, selalunya sis balik umah ja. ;p Tapi asrama sis dulu, ada ja yang balik walaupun rumah jauh.
Tapi kalau korang tak dapat balik, janganlah sedih ya. Kami dulu kalau tak boleh balik biasanya dihabiskan dengan tengok televisyen ja, phone tak dapat main. So, kalau tak tidur, buat homework, layan movie jelah. Kami pun boleh tengok tv hujung minggu ja. Biasanya malam terakhir sekolah time tak minggu tak dapat balik, malam tu takde prep, maka kitorang akan layan movie hantu ramai-ramai di dewan makan. Semualah tengok, yang penakut pun still tengok. Hahah..
Tambahan
= + Seterika disediakan di asrama, tak perlu bawak. Kalau kat kolej, bawak sendiri. Tapi ada limit kat kolej. Kalau roommate dah bawak, pinjam jelah dengan dia.
2. SEDIKIT TIPS DARI SISTER UNTUK KALIAN. :)
a) Hubungan dengan kawan dan Sunior/Junior
Apabila kalian masuk asrama , mestilah akan jumpa sunior atau junior. Nasihat sis kalau kalian menjadi seorang sunior, misalnya baru nak masuk asrama masa tingkatan 5. Kebiasaannya tingkatan 5 lah yang paling tua kan, lainlah kalau sekolah korang ada tingkatan 6 (STPM). Nasihat sis jadilah sunior yang baik untuk adik-adik. Jangan buli junior, adik -adik. Jaga mereka , bantu mereka. Bagi yang Junior pun , jadilah junior yang baik dan hormatilah kakak-kakak dengan abang-abang dekat asrama ya. Alhamdulilah ketika tingkatan 3, sis dengan kawan-kawan yang lain ditakdirkan sebilik, eeh satu dorm lah dengan akak sunior tingkatan 5 yang baik-baik dan sporting. Kami semua kalau ada masalah akan rujuk dengan akak sunior. Kadang-kadang kami kongsi makanan, kongsi tempat tidur. Alhamdulilah tiada masalah dari segi kawan-kawan , dengan sunior. Selalu dengar sunior garang kan , suka buli lahh. Tapi masih ada sunior yang baik-baik termasuk akak sunior kami.
b) Apabila berlaku Histeria/ Orang kena rasuk
Kes ini memamg biasalah berlaku, jarang lah kalau tak berlaku. Nasihat sis kalau nak masuk asrama bagi yang muslim, hubungan dengan Allah kena jaga dan kena kuat. JANGAN TINGGAL SOLAT, BACA QURAN. Ini sebagai pendinding untuk diri kalian, ni takdelah jiwa kalian lemah. Sentiasa berzikir, mengingati Allah. Ingat yang Allah akan sentiasa jaga kita. Amalkan surah Al-Baqarah , 3 qul , Surah yassin, dan Ayat Kursi. Al mulk jangan lupa sebelum tidur. InshaAllah kalian akan dilindungi Allah daripada gangguan dan segalanya.
- Langkah 1 : Bertenang
Apabila kawan kalian tiba- tiba histeria, apa nak buat kan? Pertama sekali kena bertenag, jangan takut. Ingat jangan takut, jiwa kalian tak boleh lemah.
- Langkah kedua : Lapor ke ketua asrama atau warden.
Selepas bertenang, pergi lapor dekat ketua asrama dan warden.
- Kalau takut, berzikir dan baca surah-surah yang ingat. (3 qul dan ayat kursi)
Kalau kalian takutlah kan, nasihat sis baca 3 qul , ayat kursi. Kalau takut lagi ambil tangan letak kat dada baca "Laa hawlawala qul watta illa billa hil alimm hil aziimm" . Baca banyak kali, InshaAllah akan kurang rasa takut. Jangan layan perasan tu. Kalau bunyi benda pelik, nampak benda pelik. Hiraukan, jangan layan. Ingat ada Allah yang jaga kita. Mereka pun makhluk Allah, kalau Allah lindungi kita, mereka tak mampu buat apa-apa. Yakin dengan Allah.
Sementara tunggu warden sampai, periksa kawan tu. Kalau boleh ajar dia baca ayat Quran. Bisik dekat telinga dia supaya ingat Allah, kuatkan semangat. Azan atau iqamat ke. Periksa kondisi dia, ada kes orang tu gigi dia bergetar, orang panggil apa ya, lupa. Kalau macm tu letak apa-apa dekat mulut dia, pensil ke apa.
Tips lain nak elak histeria. Jangan tidur dari waktu asar hingga ke isyak, tambah-tambah dalam keadaan tubuh lemah dan dalam keadaan cuti bagi perempuan. JANGAN BUANG PAD DALAM LUBANG TANDAS. Pad sebelum buang dalam tong sampah, cuci la dulu. Jangan berkeliaran waktu maghrib, nak angkat baju pun tak payah. Waktu maghrib lah waktu mereka (jin dan syaitan) keluar berkeliaran. Angkat awal sikit.
c) Tiba-tiba kawan sakit, emergency kes.
Yang ni bagitau Warden terus.
Kalau kawan korang luka, basuhlah luka tu dulu, sapu ubat kalau ada. Kalau dia ada ubat, bagi ubat dulu dan bagitau warden sekali. Kalau ada apa-apa, Warden tahu dan alert nanti.
d) Masalah bilik air dan tempat basuh baju.
Baik, yang ni memang masalah, rasanya semua tempat kut. Wallahualam. Nanti akan ada amsa bila tidak ada air, bilik air atau tandas rosak. So bila rosak dan takde air, jadi terhadlah kan. So kitorang terpaksa beratur . Kalau tak nak beratur, bangun awal. Dalam pukul 4 pagi, 5.30 dah ada orang biasanya. Boleh la tahajjud sekali kan. ;) Masa ni lah baldi korang berfungsi sekali lagi. Biasanya bila tandas semua guna, automatik bilik air akan tiada air. Asrama saya dululah. Kalau bilik air penuh, ada tandas ja dan korang dah lewat. Jadi, terpaksa mandi dalam tandas. Masa nilah baldi sangat diperlukan untuk mandi dalam toilet.
Tempat basuh baju pun kena berebut kalau hujung minggu, kalau korang nak basuh hujung minggu, lebih baik letak dulu baldi di tempat kalian tempat basuh baju, tanda dulu. . Selepas tu selesaikan apa yang patut. Jangan letak lama tau, orang lain pun nak guna juga. Kita berkongsi, jangan pentingkan diri sendiri.
e) Kebersihan dorm dan katil
Setiap pagi, setiap dorm akan disemak, ehh semak macam sport check lah. Yang ni periksa pasal kebersihan ja, katil dah kemas ke belum , bilik air macam mana. Kalau ada meja belajar, kemas ke tak. Seterika dah tutupp belum. Semualah. Jadi pastikan semua kemas ya, sebelum dipanggil nama kena kemas balik atau kena denda. Dorm pun kena kemas, kalau tak korang semua kena naik kemaskan dorm. Kalau tingkat 3, nak naik balik penat weh. Lepas tu asrama biasalah ada pertandingan dorm paling cantik, kemas. Dorm sis pernah dapat nombor satu, walaupun dorm kami paling besar dan paling ramai. Alhamdulilah rezeki.
f) Permohonan nak balik rumah/kampung sebab kes tertentu
Kalau kalian tiba-tiba kena balik, sebab ada masalah dekat rumah atau sebab lain tapi time minggu tak dapat balik atau pada masa hari persekolahan. Kalau asrama sekolah , bagitau warden. saya kena balik sebab itu dan ini. Tunjukkanlah bukti, kalau boleh suruh mak ayah telefon minta izin. Kalau kalian ada kelas tambahan kat luar, mintak pihak tuisyen tu buatkan surat kebenaran keluar dan bagi dekat warden.
Kalau prosedur asrama kalian atau kat kolej, kena buat surat dahulu, buat surat lebih awal untuk dapatkan permohonan.
g) Buli
Bagi yang ini panjang kena huraikan, tapi nasihat sis belajarlah pertahanan diri seperti silat atau lain-lain. Nanti kena buli, sekurangnya ada asas nak pertahankan diri. Lepas tu jangan tunjuk sangat diri tu lemah, lawan. Jangan takut. Selepas tu bagitau warden dan mak ayah. Lapor dekat warden dengan mak ayah sekali. Kalau jadi apa-apa, mereka tahu . Jangan takut untuk lapor. Walau kena ugut ke, lapor je. Apapun sis doakan korang sentiasa selamat dan dilindungi Allah. Amiinn Allahumma Amiinn. Ingat, jangan takut dan jangan tunjuk yang kita ni lemah.
Tapi janganlah kalian pula jadi pembuli.
K
M h) Masalah Penyangkut Baju dan Barang Yang tertukar
Pastikan barang kita tu, baldi ke, apa ke , tandakan nama. Contoh tanda dekat penyangkut baju, nama si fulanah bin si fulan , dorm yang tersebut. Tanda, nanti terambil orang pastu dia ngaku hak dia sebab takde nama, etc. Semua barang kalian tanda. Ada satu lagi, bila jemur, ingat balik tempat korang jemur kat mana, asingkan dari pakaian jemuran kawan. Jangan ambil baju kawan. Sis dah terbiasa bila baju tiba-tiba hilang pastu tengok ada pada si fulan. Nak ambil balik , dia ngaku dia punya. Redha jelah.
Tambahan
+ Makanan asrama jangan membazir, MEMBAZIR AMALAN SYAITON. Hargai makanan yang diberi ,tak sedap, kenyang. MAKAN.
+ Jangan asyik tidur ja, waktu petang jangan tidur. Tak elok tidur waktu petang. Turun pergi main, cergaskan minda. Lepas subuh jangan tidur, buatlah aktiviti apa-apa. Tapi kalau penat, tidurlah. Tapi jangan amal, rezeki tak masuk tidur pagi-pagi ni. Pergilah bersenam pagi-pagi ni, belajar ke.
+Jemur kain tu, bila kering angkat, jangan nak tunggu seminggu lebih baru nak angkat. Ingat orang lain nak guna jugak, kita kongsi. Lupa , suh kawan remindkan.
+ Mangkuk, pinggan lepas guna terus basuh. Jangan tinggal macam tu. Tempat kotor syaitan suka, tinggal macam nilah senang kena histeria , kena gangggu dan lain-lain. Basuh terus.
+Jangan curi barang . Pinjam bagi balik.
+ Jangan bagi orang luar masuk dorm atau asrama, tambah-tambah ajnabi. kita tak tahu kawan dalam dorm pakai tudung ke tak ,tutup aurat ke tak kecuali bila dah dapat keizinan.
Baik, setakat ini sahaja tips dari sis, kalau korang ada tips lain, nak tanya soalan boleh drop dekat ruangan komen. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dan kurang datang dari sis sendiri. Semoga bermanfaat . Terima kasih.
Ulasan