Uwais Al Qarni, Pemuda yang terkenal di langit

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


 Pada hari ini saya akan menceritakan tentang seorang pemuda yang sangat terkenal di langit yang bernama Uwais Al Qarni. Walaupun Uwais tidak dikenali di bumi, tidak terkenal di kampungnya namun Uwais sangat terkenal di langit, sangat terkenal di kalangan malaikat. Bukan itu sahaja, Uwais Al-Qarni juga merupakan pemuda yang disebut-sebut oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda.

Tanpa melengahkan masa, marilah kita bercerita tentang kehebatan pemuda bernama Uwais Al Qarni.


Di Yaman, tinggallah seorang pemuda yang bernama Uwais Al Qarni. Uwais seorang pemuda yang mempunyai penyakit sopak, tubuhnya berbelang-belang. Merupakan penyakit yang tidak digemari oleh orang ramai. Uwais berpenyakit sopak sejak lahir dan ibunya menjaganya sehingga Uwais tumbuh dewasa. Walaupun tidak sempurna, ianya bukan satu halangan untuk Uwais berbaikti kepada ibunya dan menjadi pemuda yang sholeh.

 Ibu Uwais seorang yang lumpuh dan tidak mampu bergerak. Uwais sentiasa merawat dan menjaga ibunya dengan baik, segala permintaan ibunya akan dia turuti walaupun ianya adalah permintaan yang sulit, ianya akan ditunaikan juga oleh Uwais. Uwais juga sangat tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa Uwais meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi.


 Pada suatu hari, Ibu Uwais berkata " Wahai anakku, mungkin ibu tidak lama akan bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar ibu dapat mengerjakan haji ."

 

Uwais termenung , ini kerana perjalanan ke  Makkah adalah perjalanan yang sangat jauh dan harus melewati padang pasir tandus yang panas. Kebiasaanya orang akan melewati menggunakan unta dan perlu membawa banyak bekalan. Akan tetapi, Uwais seorang yang miskin dan Uwais tidak memiliki sebarang kenderaan seperti Unta untuk membawa ibunya. Kebanyakkan orang pada masa itu juga apabila menunaikan haji dari Yaman ke Makkah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang atasnya 'Haudat' . 

Apa itu 'Haudat'?

Haudat adalah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cauca panas matahari dan hujan.

Uwais terus berfikir jalan penyelesaian dan merncari jalan keluar dari masalah itu.Uwais terfikir untuk menggendong ibunya namun tubuhnya harus kuat. Lalu Uwais membeli seekor anak lembu , kira-kira apa agaknya kegunaan anak lembu itu? Tidak mungkin anak lembu akan membawa mereka ke Makkah. 

Ternyata Uwais mendirikan sebuah kandang di puncak bukit. Setiap pagi Uwais akan menggendong anak lembu itu dan naik dan turun bukit. Uwais berlatih menggendong setiap hari sehingga orang mengiranya sudah tidak waras. Orang  melihat berasa hairan dan pelik, mereka mengatakan " Uwais gila" dan " Kelakuan Uwais memang sungguh aneh" .  Memang pelik , membuatkan rumah untuk embu di uncak bukit , namun setiap hari hari mengangkat lembu , pagi dibawa turun dan petang dibawa naik.


 Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Tidak pernah ada hari yang terlewat untuk Uwais menggendong anak lembu sambil naik dan tutun bukit. Disebabkan lama-kelamaan anak lembu itu bertambah besar, maka bertambahlah tenaga yang diperlukan Uwais untuk menggendong anak lembu itu. Sungguh kuat Uwais. Tetapi, oleh kerana latihan setiap pagi dan juga petang , maka berat anak lembu tidak terasa lagi.


Setelah 8 bulan berlalu, sampailah musim Haji. Lembu Uwais telah mencapai 100 kg, begitu juga dengan otot Uwais yang makin membesar. Ia menjadi kuat mengangkat barang. 

 Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah. Uwais menggendong ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Mekkah! Subhanallah, alangkah besar cinta Uwais pada ibunya. Ia rela menempuh perjalanan jauh dan sulit, demi memenuhi keinginan ibunya.


Uwais berjalan tegap menggendong ibunya tawaf di Ka’bah. Ibunya terharu dan bercucuran air mata telah melihat Baitullah.


 Di hadapan Ka’bah, ibu dan anak itu berdoa. (Di sini saya agak keliru, ada yang mengatakan bahawa Uwais berdoa disembuh penyakit sopkanya di hadapan Makkah ada pula yang mengatakan di rumah mereka. Siapa yang tahu boleh komen ya, tetapi kita tahu Allah dberi kesembuhan daripada penyakit sopaknya dan hanya tertinggal satu di tangannya  sahaja)


(versi 1)

 “Ya Allah, ampuni semua dosa ibu,” kata Uwais. 

“Bagaimana dengan dosamu?” tanya ibunya hairan .

 Uwais menjawab,

 “Dengan terampunnya dosa Ibu, maka Ibu akan masuk surga. Cukuplah redha dari Ibu yang akan membawa aku ke surga.”

 Sepulang daripada Kaabah , Uwais embuh daripada penyakit kulitnya. Hanya tertinggal satu bulatan putih di telapak tangannnya.

(versi 2)

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais Al-Qarni menjawab:
“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi:
“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi:
“Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais Al-Qarni berkata:
“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah:
“Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut 
 

Uwais sangat teringin ingin berjupa dengan Rasulullah SAW di Madinah tetapi Uwais tidak mampu meninggalkan ibunya di waktu yang lama. Ia meminta izin ibunya untuk menemui Rasulullah SAW dan akan segera kembali setelah bertemu Rasulullah SAW. Ibu Uwais merestui kepergian Uwais.

Uwais sangat gembira mendengarnya .Sebelum berangkat Uwais menitipkan ibunya kepada jirannya. Apabila sampai di Madinah, Uwais tidak dapat bertemu Rasulullah SAW kerana baginda sedang berperang. Uwais hanya bertemu Sayydatina Aisyah RA. Uwais sangat sedih dan menunggu Rasulullah SAW namun dia tdiak boleh berlama-lama meninggalkan ibunya . 

 Beberapa bulan kemudian, Rasulullah SAW pulang dari medam perang. Beliau bertanya apakah ada seseorang yang mencarinya. Saiyydatina Aisyah RA berkata, benar bahawa ada seseorang ingin berjumpa Rasulullah namun dia telah pulang kerana tidak ingin meninggalkan ibunya terlalu lama. 

Rasulullah berpesan kepada Sayyidina Umar RA dan Sayyidina Ali RA.

 


 Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan Sayyidina Ali untuk mencarinya bersama.
 
 Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sibuk mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah dari penduduk Kufah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar Sayyidina Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
 
 
 Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya,
 
 “Siapakah nama saudara ?

 “Abdullah”, jawab Uwais. 
 
Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan :
 
 “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” 
 
Uwais kemudian berkata: 
“Nama saya Uwais al-Qarni”. 
 
Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali . memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
 
 “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. 
 
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata:
 “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”.
 
 Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
 

Uwais tidak pernah bertemu Rasulullah sehinggalah beliau wafat. Meski tidak bertemu , Uwais sangat mencintai Rasulullah SAW. Begitu Rasullulah SAW juga mencintai Uwais dan tahu betapa mulianya Uwais di sisi Allah SWT.


 Saidina umar RA mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.
Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :
 
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Setelah Uwais wafat. Para tetangga sangat terkejut dengan apa yang berlaku di hari pemakamam Uwais. Saat Uwais hendak dimandikan , secara tiba-tiba terdapat banyak orang yang tidak dikenali saling berebut untuk memandikan Uwais. Orang-orang yang tidak dikenali itu juga berduyun-duyun datang untuk mensholatkan dan menghantarkan ke kubur. 

Siapakah orang ittu? 

Beberapa orang mengira bahawa mereka adalah jelmaan malaikat yang senjaga turun untuk ikut meghadiri pemakamam Uwais. Uwais begitu mulia di sisi Allah SWT serta para malaikat dan penghuni langit. Uwais sangat terkenal di bumi meskipun tidak terkenal di langit.

Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.

Setakat ini sahaja , segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari saya. Semoga catatan ini menjadi manfaat kepada semua dan supaya Allah menjadikan kita  lebih taat kepada ibu bapa. Berbaktilah selagi mereka masih ada, hargai mereka. Semoga kita semua menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa, negara, bangsa dan agama kita. Saya minta maaf segala silap saya dan halalkan segala catatan yang ambil jika tanpa izin dan sebagainya.


RUJUKAN:

1. REMAJA313 (JUNE, 9 2013) , KEINGINAN UWAIS BERTEMU RASULULLAH.  https://remaja313.wordpress.com/2013/06/09/keinginan-uwais-untuk-bertemu-rasulullah-saw/

2. Dan juga beberapa post yang lain.






 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 TIPS HILANGKAN RASA HOMESICK DEKAT KOLEJ

Bercuti ke Pantai Genting, Tumpat

Kenali Kota Seribu Wali, Kota Tarim