Wanita Tarim, Bidadari Bumi Yang Terpelihara

WANITA TARIM, BIDADARI BUMI YANG TERPELIHARA

ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan wanita-wanita Tarim. Sebenarnya nak menulis pun saya rasa tak layak, tak layak untuk menceritakan tentang wanita-wanita yang hebat dan terpelihara yang ada di Bumi Tarim. Sesungguhnya mereka wanita yang hebat, terpelihara dan dijaga dengan baik, sangat jauh berbeza dengan saya. Namun, semoga dengan sedikit usaha yang kecil dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Semoga dengan coretan ini dapat menjadikan kita menjadi wanita yang lebih baik dari semalam dan menjadi hamba Allah yang taat. Ini kerana wanita adalah hiasan dunia, maka jadilah sebaik-baik perhiasaan. 

Tanpa mengelahkan masa lagi, mari kita mulakan. :)

Wanita Tarim sangat menteladani dengan Sayyidah Fatima Azzahra RA. Bukankah kita semua harus menteladani Sayyidah Fatima Azzahra RA. Sayyidah Fatima Azzahra RA adalah contoh yang terbaik untuk kita para wanita contohi dalam kehidupan seharian.  Menurut Al Habib Muhammad Abdurrahman Assegaf : 

    "Apabila seorang perempuan meneladani Sayyidah Fatimah RA. Maka sebenarnya ia telah meneladani Rasulullah SAW.
    [Al Habib Muhammad Abdurrahman Assegaf]

Di Tarim, Wanita sangat dimuliakan. Wanita adalah raja tanpa mahkota di Tarim. Hampir kesemua wanita di Tarim memakai khimar Yaman, pakaiannya kusam berwarna hitam menutupi semua termasuklah mata . Maka untuk melihat jalan agaklah terhad, maka kebiasaannya mereka jalan menunduk ke bawah dan hanya melihat kasut sendiri sahaja apabila berjalan. Para lelaki di sana apabila melihat wanita ingin melintas jalan, mereka akan secara sendirinya berhenti untuk memberi laluan kepada wanita tersebut.  Apabila sedang berurusan sesuatu misalnya sedang mengisi minyak motor, mereka akan lebih mendahulukan bagi yang ada wanita dahulu walaupun barisan adalah panjang dan wanita itu baru saja hadir. Ini kerana kata mereka adalah satu aib melihat wanita dalam kesusahan. Wanita di sini juga tidak dibenarkan untuk mengangkat benda-benda yang berat. Kalau kalian (wanita) datang dari jauh membawa beg yang berat, di sini kalian tidak perlu berusah payah membawa beg yang berat kerana sudah pasti ada lelaki yang menawarkan bantuan untuk kalian. 


KEHIDUPAN MASA KECIL DAN SETELAH AKIL BALIGH

Diceritakan, perempuan Tarim sudah terbiasa sejak kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama yang dekat dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya. Sejak kecil mereka telah dididik untuk membaca Alquran oleh orang tua mereka. Mereka juga terdidik dengan akhlak yang mulia.

Pergaulan mereka sangat terjaga. Begitu juga aurat mereka. Apabila mereka telah mencapai umur akil baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain dari saudara-saudara lelaki dan orang tua mereka sahaja.

Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal musik yang lagha, tidak mengenal kebiadaban dan tidak kenal wajah orang fasiq. Perbincangan mereka adalah perbincangan tentang majlis-majlis ilmu, Alquran, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.
 
Nama Wanita Tarim juga aurat.  Wanita Tarim bukan sekadar memelihara diri dari pandangan ajnabi sahaja. Malah nama mereka juga dipelihara dan dianggap aurat. Nama wanita tidak boleh disebut oleh sembarangan lelaki melainkan mahram mereka sahaja . Menyebut nama sebenar mereka adalah aurat malah daripadanya mereka terpelihara , sehingga tidak pernah berurusan dengan ajnabi. Mereka dianggap bidadari dunia yang terpelihara bak permata di dasar lautan. Ttepai , jikalau adanya dharurat yang teresak sehingga terpaksa dipanggil ajnabi . Maka, di sini mereka akan menggunakan nama gantian atau nama gelaran bagi menyembunyikan nama yang sebenar mereka. Dalam kaedah arab dipanggil "Kuniyah" . 
 

APA ITU KUNIYAH?

 
Kuniyah itu adalah nama pengganti bagi si ibu dan digelarkan dari sandaran nama anak lelaki pertama mereka. Sebagai contohnya nama kuniyah bagi Khudaij adalah Ummu Abdillah , bermaksud ibu kepada  Abdullah. Kuniyah adalah nama gantian atau nama terhormat bagi para wanita selain terus memangiil nama sebenar mreka. Namun nama sebenar mereka hanya orang tertentu sahaja boleh memanggilnya seperti teman wanita atau keluarga mereka. Wanita Tarim sangat berasa malu apabila nama mereka disebut oleh para Ajnabi. Nama mereka akan disebut jika benar-benar terpaksa , itupun akan menggunakan nama gelaran Kuniyah. 
 
Bahagian lelaki pula walaupun dibenarkan untuk dipanggil Kuniyah , namun mereka tetap berasa malu . Mereka sangat menjaga adab dan malu untuk berurusan dengan ajnabi. Bukan sekadar itu sahaja, Para ajnabi juga berasa malu jika ingin memanggil wanita yang bukan muhrim mereka walau dengan gelaran kuniyah. Jika mereka tidak tahu gelaran kuniyah wanita tersebut, mereka akan menggunakan gelaran 'Ya Hurmah' membawa makna yang haram bagiku. Lelaki di Tarim juga sewaktu berurusan dengan wanita yang bukan muhrim mereka sangat memelihara ketaqwaan mereka dan memuliakan wanita tersebut. Merka menggunakan  suara yang jelas dan keras sera tegas. Pandangan mata mereka akan tunduk ke bumi tanda malu dan penghormatan sewaktu berurusan dengan wanita tersebut. 
 
Dari luaran pakaian yang besar dan labuh agar terpadam kesan tapak kaki ditanah, Dari atas ke bawah hanya berwarna hitam tanpa terzahir sedikit pun perhiasan mereka. Mereka menghiaskan diri khas hanya untuk yang layak sahaja , iaitu sang suami . Beginilah adat di Tarim, para wanita dan para lelaki sangat memelihara imam dan taqwa mereka. Takut dengan fitnah terbesar dunia iaitu wanita.  
- Daripada Ustazah Khudaij.

                                                         

PAKAIAN WANITA TARIM


Seperti yang Kita tahu warna pakaian Wanita Tarim adalah warna hitam ibaratkan burung gagak.  Ini kerana sebaik-baik untuk Wanita adalah warna hitam . Pakaian mereka juga tertutup seluruh badan termasuklah bahagian muka. Tidak ada lubang mata yang dapat melihat lwarna mata mereka, Dilitupi dengan khimar Al Islami. Menurut perkongsian Ustazah Khudaij , apa yang ustzah belajar daripada Hubaba Ummu Salim iaitu isteri kepada Habib Umar Hafizahullah , sebagai pelajar agama dan muslimah yang dicintai oleh Allah dan Rasulnya. Hendak memulakan dengan pakaian di dalam abaya dengan seluar yang panjang, dan baju sarung lengan yang panjang. Pakaian kat Malaysia ni dipanggil kelawar lengan panjang seterusnya disarungkan abaya hitam yang labuh. Di atas kepala dililit dengan selendang tanpa pin . Kemudian diatasnya pula disarung dengan Khimar Al Islami yang labuh . Mereka menggunakan sebagai veil yang menutup sekuruh wajah mereka. Kasut mereka flat , Mungkin keadaan tanah di Tarim tidak sesuai memakai heels.

Mereka memakai pakaian yang labuh dan besar  dan juga meleret di tanah agar terpadam kesan tapak kaki di tanah.  

Pakaian mereka juga tidak banyak dan hanya ada untuk keperluan sahaja.

"Teringat kisah benar dari Ustazah Halimah Alaydrus tentang bagaimana zuhudnya wanita yang diceritakan nya sehingga tiada yang dimiliki wanita tersebut kecuali sebenar-benar keperluan saja. Ya beliau adalah wanita tua yang zuhud tinggal di Tarim,Yaman.

Benar,pakaian dan apa jua barangan yang kita miliki sekarang akan dihisab. Semakin banyak barangan kita maka semakin lama proses hisab kita di padang Mahsyar nanti ! Sudahlah amalan kita sedikit untuk menanggung kepanasan di Mahsyar nanti tambahan dengan proses hisab kita berlangsung dengan lama sekali.  

Mereka yang bijak pandai akan memilih untuk zuhud,untuk bersederhana dalam hidup.Kerana golongan inilah yang akan dimasukkan syurga dengan mudah tanpa menunggu lama proses hisab."


Dariapada Ustazah ام معب
 
                                                   salah satu kawasan di Hadramaut, Yemen

 
CARA WANITA TARIM MEMASAK


Hubabah ummu Al muqaddam berkata :

"Wanita tarim ketika memasak mereka selalu berdzikir, bersholawat & melantunkan ayat suci al qur'an, karena ingin meneladani Sayyidah fatimah az-zahra RA.

Dahulu ketika memasak menggiling gandum Sayyidah Fatimah az-zahra RA suka melantunkan ayat suci al qur'an dan beliau berkata. "ada 3 hal yang aku cintai di dunia ketiga hal itu adalah membaca al qur'an, memandang wajah Rasulullah saw & berinfak di jalan allah Subhanahu Wa Ta'ala."

Salman al farisi sahabat besar Rasulullah Saw meriwayatkan bahwa ia pernah mendapat perintah dari Rasulullah Saw untuk mengerjakan sesuatu di rumah, Sayyidah Fatimah azzahra saya meminta izin untuk masuk, saat itu saya melihat sayyidah fatimah azzahra tengah menggiling gandum sambil membaca ayat suci Al qur'an.

Pada suatu hari sayyidina ali RA masuk ke rumah nya dan mendengar bahwa Sayyidah fatimah azzahra RA tengah melantunkan ayat yang baru turun kepada Rasulullah Saw , sayyidina ali RA dengan takjub bertanya :

"bagaimana kamu bisa mengetahuinya?"

Sayyidah fatimah menjawab : "putra kita Hasan hari ini membacakan ayat yang baru turun kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada ku."


PERKAHWINAN


Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka akan dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada sebarang bantahan. Tanpa ada cinta atau ‘datang’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka menikah di usia yang masih muda, sekitar belasan tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Di Tarim, bersanding seorang sahaja yang ada.Tidak ada persandingan antara suami isteri, kerana majlis kenduri berasingan antara lelaki dan wanita. 

Pengantin perempuan hanya berada di dalam rumah. Yang datang tengok, hanyalah wanita sahaja.
Mereka tiada hantaran. Jika ada tetamu berikan hadiah, maknanya adalah rezeki mereka. Jamuan makan untuk wanita juga di dalam rumah. Pengantin perempuan tidak akan keluar rumah. Selepas selesai acara, barulah pengantin lelaki dan perempuan berjumpa. Menurut Ustzah Khudai, wanita akan berhias dengan secantiknya untuk majlis.

Sebaliknya, apabila mendapat kad jemputan ke mana-mana majlis perkahwinan di Tarim, sudah pasti ada tertulis di dalamnya,

"يمنع استصحاب الكاميرا للنساء"

Di larang membawa kamera (mengambil gambar) bagi kaum wanita.

Kenapa? Kerana mereka sangat menjaga aurat mereka. Agar tidak terdedah kepada lelaki ajnabi. Sungguh. Sangat terpelihara! 

Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Apabila barang kebutuhan rumah seperti beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami karena khawatir suami mereka tidak mempunyai uang atau sedang sibuk. Maka yang mereka lakukan adalah meletakkan bungkusan-bungkusan kosong pada tempat yang mudah dilihat suaminya.
                                                salah satu perkuburan di Hadramaut, Yaman

KEHIDUPAN SELEPAS PERKAHWINAN


Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang membelikan. Keadaan ini tidak pula menghalangi para isteri untuk keluar membeli ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita. Namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Sang isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum mewangi. Apabila suaminya pulang, pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, kamar mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. Karena wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta menambahkan kasih sayang.

Si isteri juga tidak pernah meninggikan suara kepada suami mereka. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lembut. Itulah marah mereka. Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah kepada isteri, apalagi mencaci dan menghina.

Jika suami merasa kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah yang seperti ini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.
 
Jika melihat kehidupan masyarakat di kota seribu wali ini, akan didapati banyak keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang susah kita temukan di masa kini. Di Tarim, rumah tangga Nabawi dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Inilah keberkahan yang ada di Kota Tarim.

Di Tarim sangat sulit ditemui kaum perempuan memperlihatkan wajahnya di khalayak ramai. Sekalipun mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit, mereka tetap jauh dari pandangan kaum lelaki. Perempuan Tarim tetap memakai niqab/berpurdah hitam.

Mereka dapat bertahan di tengah terik walaupun matahari di negeri Tarim ,Hadramaut terkenal dengan panasnya. Begitulah kuatnya wanita-wanita Tarim. Perempuan di Tarim hanya keluar apabila ada keperluan penting saja. Apabila ke pasar atau ke kedai ada mahram yang menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan. Maka terpeliharalah mereka dari segala macam fitnah. Itu sebabnya, perempuan Tarim dijuluki bidadari bumi.
 
Nota ini diambil daripada nota yang dikumpul bersama . Semoga bermanafaat untuk semua . Yang baik segalanya dari Allah, yang buruk datangnya dari saya. Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 TIPS HILANGKAN RASA HOMESICK DEKAT KOLEJ

Bercuti ke Pantai Genting, Tumpat

Kenali Kota Seribu Wali, Kota Tarim