Uwais Al Qarni, Pemuda yang terkenal di langit
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Pada hari ini saya akan menceritakan tentang seorang pemuda yang sangat terkenal di langit yang bernama Uwais Al Qarni. Walaupun Uwais tidak dikenali di bumi, tidak terkenal di kampungnya namun Uwais sangat terkenal di langit, sangat terkenal di kalangan malaikat. Bukan itu sahaja, Uwais Al-Qarni juga merupakan pemuda yang disebut-sebut oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda.
Tanpa melengahkan masa, marilah kita bercerita tentang kehebatan pemuda bernama Uwais Al Qarni.
Di Yaman, tinggallah seorang pemuda yang bernama Uwais Al Qarni. Uwais seorang pemuda yang mempunyai penyakit sopak, tubuhnya berbelang-belang. Merupakan penyakit yang tidak digemari oleh orang ramai. Uwais berpenyakit sopak sejak lahir dan ibunya menjaganya sehingga Uwais tumbuh dewasa. Walaupun tidak sempurna, ianya bukan satu halangan untuk Uwais berbaikti kepada ibunya dan menjadi pemuda yang sholeh.
Ibu Uwais seorang yang lumpuh dan tidak mampu bergerak. Uwais sentiasa merawat dan menjaga ibunya dengan baik, segala permintaan ibunya akan dia turuti walaupun ianya adalah permintaan yang sulit, ianya akan ditunaikan juga oleh Uwais. Uwais juga sangat tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa Uwais meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi.
Pada suatu hari, Ibu Uwais berkata " Wahai anakku, mungkin ibu tidak lama akan bersama dengan kamu, ikhtiarkan agar ibu dapat mengerjakan haji ."
Uwais termenung , ini kerana perjalanan ke Makkah adalah perjalanan yang sangat jauh dan harus melewati padang pasir tandus yang panas. Kebiasaanya orang akan melewati menggunakan unta dan perlu membawa banyak bekalan. Akan tetapi, Uwais seorang yang miskin dan Uwais tidak memiliki sebarang kenderaan seperti Unta untuk membawa ibunya. Kebanyakkan orang pada masa itu juga apabila menunaikan haji dari Yaman ke Makkah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang atasnya 'Haudat' .
Apa itu 'Haudat'?
Haudat adalah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cauca panas matahari dan hujan.
Uwais terus berfikir jalan penyelesaian dan merncari jalan keluar dari masalah itu.Uwais terfikir untuk menggendong ibunya namun tubuhnya harus kuat. Lalu Uwais membeli seekor anak lembu , kira-kira apa agaknya kegunaan anak lembu itu? Tidak mungkin anak lembu akan membawa mereka ke Makkah.
Ternyata Uwais mendirikan sebuah kandang di puncak bukit. Setiap pagi Uwais akan menggendong anak lembu itu dan naik dan turun bukit. Uwais berlatih menggendong setiap hari sehingga orang mengiranya sudah tidak waras. Orang melihat berasa hairan dan pelik, mereka mengatakan " Uwais gila" dan " Kelakuan Uwais memang sungguh aneh" . Memang pelik , membuatkan rumah untuk embu di uncak bukit , namun setiap hari hari mengangkat lembu , pagi dibawa turun dan petang dibawa naik.
Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Tidak pernah ada hari yang terlewat untuk Uwais menggendong anak lembu sambil naik dan tutun bukit. Disebabkan lama-kelamaan anak lembu itu bertambah besar, maka bertambahlah tenaga yang diperlukan Uwais untuk menggendong anak lembu itu. Sungguh kuat Uwais. Tetapi, oleh kerana latihan setiap pagi dan juga petang , maka berat anak lembu tidak terasa lagi.
Setelah 8 bulan berlalu, sampailah musim Haji. Lembu Uwais telah mencapai 100 kg, begitu juga dengan otot Uwais yang makin membesar. Ia menjadi kuat mengangkat barang.
Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah. Uwais menggendong ibunya berjalan kaki dari Yaman ke Mekkah! Subhanallah, alangkah besar cinta Uwais pada ibunya. Ia rela menempuh perjalanan jauh dan sulit, demi memenuhi keinginan ibunya.
Uwais berjalan tegap menggendong ibunya tawaf di Ka’bah. Ibunya terharu dan bercucuran air mata telah melihat Baitullah.
Di hadapan Ka’bah, ibu dan anak itu berdoa. (Di sini saya agak keliru, ada yang mengatakan bahawa Uwais berdoa disembuh penyakit sopkanya di hadapan Makkah ada pula yang mengatakan di rumah mereka. Siapa yang tahu boleh komen ya, tetapi kita tahu Allah dberi kesembuhan daripada penyakit sopaknya dan hanya tertinggal satu di tangannya sahaja)
(versi 1)
“Ya Allah, ampuni semua dosa ibu,” kata Uwais.
“Bagaimana dengan dosamu?” tanya ibunya hairan .
Uwais menjawab,
“Dengan terampunnya dosa Ibu, maka Ibu akan masuk surga. Cukuplah redha dari Ibu yang akan membawa aku ke surga.”
Sepulang daripada Kaabah , Uwais embuh daripada penyakit kulitnya. Hanya tertinggal satu bulatan putih di telapak tangannnya.
(versi 2)
Uwais sangat teringin ingin berjupa dengan Rasulullah SAW di Madinah tetapi Uwais tidak mampu meninggalkan ibunya di waktu yang lama. Ia meminta izin ibunya untuk menemui Rasulullah SAW dan akan segera kembali setelah bertemu Rasulullah SAW. Ibu Uwais merestui kepergian Uwais.
Uwais sangat gembira mendengarnya .Sebelum berangkat Uwais menitipkan ibunya kepada jirannya. Apabila sampai di Madinah, Uwais tidak dapat bertemu Rasulullah SAW kerana baginda sedang berperang. Uwais hanya bertemu Sayydatina Aisyah RA. Uwais sangat sedih dan menunggu Rasulullah SAW namun dia tdiak boleh berlama-lama meninggalkan ibunya .
Beberapa bulan kemudian, Rasulullah SAW pulang dari medam perang. Beliau bertanya apakah ada seseorang yang mencarinya. Saiyydatina Aisyah RA berkata, benar bahawa ada seseorang ingin berjumpa Rasulullah namun dia telah pulang kerana tidak ingin meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah berpesan kepada Sayyidina Umar RA dan Sayyidina Ali RA.
Uwais tidak pernah bertemu Rasulullah sehinggalah beliau wafat. Meski tidak bertemu , Uwais sangat mencintai Rasulullah SAW. Begitu Rasullulah SAW juga mencintai Uwais dan tahu betapa mulianya Uwais di sisi Allah SWT.
Setelah Uwais wafat. Para tetangga sangat terkejut dengan apa yang berlaku di hari pemakamam Uwais. Saat Uwais hendak dimandikan , secara tiba-tiba terdapat banyak orang yang tidak dikenali saling berebut untuk memandikan Uwais. Orang-orang yang tidak dikenali itu juga berduyun-duyun datang untuk mensholatkan dan menghantarkan ke kubur.
Siapakah orang ittu?
Beberapa orang mengira bahawa mereka adalah jelmaan malaikat yang senjaga turun untuk ikut meghadiri pemakamam Uwais. Uwais begitu mulia di sisi Allah SWT serta para malaikat dan penghuni langit. Uwais sangat terkenal di bumi meskipun tidak terkenal di langit.
RUJUKAN:
1. REMAJA313 (JUNE, 9 2013) , KEINGINAN UWAIS BERTEMU RASULULLAH. https://remaja313.wordpress.com/2013/06/09/keinginan-uwais-untuk-bertemu-rasulullah-saw/
2. Dan juga beberapa post yang lain.
Ulasan