Tips dan nasihat apabila masuk asrama sekolah berdasarkan pengalaman sis
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم Assalamualaikum semua dan apa khabar? Pertama sekali terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Kali ini sis akan kongsikan serba sedikit tips dan nasihat buat adik-adik semua yang nak masuk asrama, berdasarkan pengalaman. Sis pernah tinggal di asrama sekolah pada tingkatan 3 dan tingakatan 5. Jadi, sis akan berkongsi sedikit pengalaman sis di asrama sekolah. Bagi makluman semua, Sis bukan bersekolah di asrama penuh, saya bersekolah di sekolah harian biasa je. Apa yang sis cerita mungkin akan berbeza sedikit lah dengan asrama korang. Ini khaskan untuk asrama di sekolah ya, bukan di kolej ataupun universiti. Asrama di kolej dan universiti mungkin akan sedikit berbeza daripada asrama sekolah. Kalau korang nak tips di asrama kolej, boleh drop comment "saya nak", kalau ramai sis postkan untuk tips asrama di kolej. Sebelum kita masuk asrama, apa yang perlu disediakan? 1. Persediaan barangan yan