7 TIPS HILANGKAN RASA HOMESICK DEKAT KOLEJ

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

 Jauh dari keluarga membuatkan aku mulai belajar untuk hidup berdikari.Semua kena buat sendiri, mak ayah nak tolong memang susah. Kalau mereka ada dekat tak pe. Ni jauh di sana. Asrama di sekolah lain dengan sini.Sekolah dulu dekat je, Kalau ada apa-apa cuma telefon dekat mak ayah je.

kadang kadang cemburu tengok roommate yang rumah dekat dapat balik setiap hujung minggu jumpa mak ayah depa. kita mungkin jarang sekali. Kena cuti sem atau cuti lama sikit baru boleh . Tapi tidak mengapa masa nilah kita belajar nilai menghargai. Masa sem 1 , aku tak adlah home sick teruk sangat. Roommate aku yang duk dekat, homesick dia teruk giler, nasib baik rumah dekat dengan kolej.
Image result for kmpp


Tips untuk korang hilangkan home sick dekat kolej.
Image result for HOMESICK

1) Cari kawan baru, Kenali roommate/ housemate

Image result for CARI KAWAN BARU CARTON

Benda yang pertama aku cadangkan adalah kenali rakan anda yang bakal tinggal bersama anda. cuba kenali mereka, tanya asal mana, nama apa. Yelah cubalah kenal, korang kan akan berkongsi bilik air, tempat tidur bersama mereka. Selain korang dapat rakan baru, boleh jugak menghilangkan rasa rindu korang dengan mak ayah. Ni jangan pulak duk sorang-sorang, tak cari kawan, Nanti korang akan lebih teringat kat rumah, teringat kat mak ayah.

2) Ronda Kolej

Image result for KMPP

Aku dulu belajar dekat KMPP, so kolej korang takdelah sebesar universiti tapi takdelah kecik sangat. Aku dulu awal awal duk kat kolej, aku ajak kawan aku ronda kmpp. Kenali mana makmal, bilik tutor, dewan kuliah.Nanti hari first day kelas tak delah sesat nak cari kelas kat mana nanti. Lagipun kat kolej kitorang ada Tasik KMPP. Kalau malas nak ronda seluruh kolej korang, ronda dekat dekat jelah. Pi Usyar jiran sebelah ke, dapat jugak tambah kawan. Buat lah apa apa aktiviti yang membuatkan korang tak duduk termenung sorang.

3) Sertai Mana Mana Kelab Di Kolej

Related image
AN NUR COMMITE
.
Selalunya di kolej atau universiti dia akan ada kelab.Aku awal awal dulu kat kmpp masuk kelab Anc , tambah tambah masa tu bulan puasa, so setiap petang aku akan sibuk persiapkan makanan untuk iftar. Memang setiap petang kitorang akan buat macam tu. Disebakan itulah aku kurang sikit ingat kat rumah, kawan rapat aku sorang ni dia pun kuat nangis tapi bila aku ajak dia masuk anc/kelab iftar, dia sekrang dah makin ok. lagipun bila korang sibuk, jadi korang akan lupakan sikit la suasana kat rumah.

4) Ingat Niat Utama Masuk Kolej

seterusnya, ingat balik niat korang nak masuk kolej kenapa. Mestilah nak berjaya dan nak banggakan mak ayah.Nanti nak balas jasa mak ayah kan.so, bila korang rasa sedih teringat kat family, cuma ingat balik kenapa aku datang sini. Niat belajar kerana Allah, nak dapatkan ilmu kan. So jangan sedih sedih lagi ok.

5) Kerap Call Parents

Image result for CALL PARENTS CARTOON

kalau buat macam macam dah tapi takleh move on, cubalah korang call parents. Kerap tanya khabar mereka, sihat ke tidak, dah makan ke belum. Kadang kadang dengar suara mak ayah kita cakap boleh jadi pengubat stress tau.Update life korang dekat kolej.

6) Berdoa Untuk Keluarga

Related image

Yang ini kena selalu buat, Doa supaya Allah jaga mak ayah kita.Doa kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat. Kita sekarang dah jauh dari mereka, tak boleh nak tolong, nak tengok mak ayah. Hanya Allah je yang boleh jaga mak ayah kita, so berdoalah selalu ye. Boleh juga nak mengadu kat Allah perasaan kita yang tengih sedih, Allah maha mendengar, Cerita jelah, mengadu pada Allah. Cerita dekat kawan, belum tentu diorang boleh bantu dan fahami. Sebab diorang takde di tempat kita , diorang tak rasa apa yang kita rasa. Kadng kala tak semua orang nak bantu masalah kita, diorang cuma nak tahu. Jadi yang terbaiklah mengadu dekat Allah. Bukankah Allah yang meletakkan perasaan homesick, rindu dekat kita? Allah juga yang mampu rawat rasa homesick kita.

7) Kawal Emosi

Image result for KAWAL EMOSI

 Akhir sekali, korang kena pandai kawal emosi. Nak sedih boleh tapi janganlah keterlaluan sangat, kat mana mana pun nak nangis. Korang dah besar dah, janganlah nangis selalu.Pandailah kawal perasaan korang. Korang nak ke tengok mak ayah sedih tengok korang asyik menangis. So , sis kena kuat okey. 

 

Ulasan

Unknown berkata…
Terima kasih,, sekarang ni saya jauh dari Family dan ini sangat membantu ,,Terima kasih

Unknown berkata…
Saye asrama kolej vokasional 2 bulan tak boleh balik tu lah buat hati jadi semakin rindu yang mendalam terhadap keluarga dan rumah
Faizenon berkata…
Terima kasih admin
Unknown berkata…
Saya masuk asrama 2 bulan x leh balik umah sbb time covid ni. Rasa nk balik je x yh smbung sek.
Unknown berkata…
Lastly saya jumpa awak punya blog insha allah saya dpt lalui kehidupan di asrama dgn baik. Doakan saya tau dpt 4 flat setiap exam. Aminnmn
elly sya berkata…
InshaAllah semuanya akan baik. Semoga dapat 4 flat. Selamat belajar . Petang-petang jangan tidur, keluar jogging dan jalan-jalan. Rehatkan minda.
elly sya berkata…
Jangan berhenti sek, kena kuat tau. Doakan covid-19 cepat habis pastu boleh balik rumah nanti. Yang penting jangan putus asa okayy. Awak kuat, InsyaAllah bolehh.
elly sya berkata…
sama-sama. Alhamdulilah sekiranya dapat membantu. Terima kasih kerana singgah blog tak seberapa ni. :)
elly sya berkata…
Lama-lama memang akan rasa sunyi , tapi kuat tau. InshaAllah akan balik juga nanti.
Unknown berkata…
Saya dah lama takbalik asrama , jadi bila tiba masa nk balik asrama tu saya oky , cuma selang beberapa hari lpstu saya homesick truk sgt...saya taktahu nk kawal mcm mne perasaan sedih dan rindu makayah . Bila duduk asrama nie saya tak tahu nak share dkt sape , sbb saya tgk kwn kwn yg lain oky jea hurmmm..saya da pnt nak pujuk diri sendiri supaya tak sentiasa pikir tntg rumah tapi lama lama saya kecundang 😭
elly sya berkata…
Takpe, biasa la tu. Bila dah rindu tak dapat nak halang dah. Kalau setiap kali nak nangis, takpe nangis je dulu. Pastu pujuk cakap kat diri sendiri, takpe aku mai sini nak belajar, nak tolong mak ayah satgi. So aku kenaa kuat. Kawan saya dulu, dia homesick teruk jugak. Dia selalu call mak ayah, cuba sis try call mak ayah. Mintak doa mak ayah supaya kita diberi kekuatan. Kalau dah call banyak kali, tapi tak menjadi, still sedih. Mengadulah pada tuhan. Kalau awak muslim, berdoalah kepada Allah , mengadu dekat dia. Cakap Ya Allah , aku sedih , aku rindu mak ayah. Pastu mintak Allah jaga mak ayah kita, doa kepada Allah. Macam kita selalu dengar, jika tiada bahu untuk menyandar, kita ada , masih ada lantai untuk bersujud. Tips lain cubalah try bagitau kawan yang kita percaya dan yakin. Biasanya rommate la yang kita rapat, takkpun bff. InshaAllah nanti bagitau, mesti diorang akan bagi nasihat yang berguna untuk kita. InshaAllah diorang akan faham. Mungkin diorang pun alami benda yang sama tapi diorng tak tunjuk ja. Biasanya homesick ni memula ja rasa tak okay, cuba tahan. sikit lagi. InsyaAllah lama-lama akan terbiasa. Apapun be strong okay, lawan perasaan homeisck tu.
Easedway berkata…
Tengah homesick sangat sangat...nak exam tpi sebab homesick tak boleh study... Dah 5 tahun belajar jauh dari family. Ada lagi setahun. Lepas ni kerja memang nak yg dekat je. Doakan saya...
Tanpa Nama berkata…
Saya homesick sebab tinggal di asrama, rasa nak balik setiap hari ada, rindu mak ayah, rindu rumah. Kadang sampai tak boleh berlajar, tak tahu nak ngadu kat sape? Nak cerita dekat kawan takut diorang mengejek kita balik. Saya cuba lawan tapi kecundang. Dh cuba MCM2 cara tapi still homesick . Rasa nk berlajar tu dh hilang. Sedih sangat .
elly sya berkata…
Kalau dah homesick memang susah sikit. Takpe cuba kuatkan diri. Yakin, aku boleh. Cakap aku study kejap je, nanti baliklah. lagipun nanti nak banggakan mak ayah kan. Cuba lah cerita dekat kawan yang dipercayai dan memahami. Jangan risau, diorang tak akan ejek. Kalau takut jugak, cuba tuliskan apa awak rasa dalam buku . Tulis macam diary gitu. Jangan pendam, bahaya pendam. Nanti awak sendiri akan stress. Saya pun pernah macam tu, time ada masalah tapi tak tahu nak cerita dekat siapa. Apa saya buat, saya tulis diari. Kalau tak nak tulis diari, cuba tulis puisi. InshaAllah kurang sikit beban dekat hati. Jangan lupa doa sekali. Apapun yang boleh tolong kita cuma Allah sahaja.
elly sya berkata…
welcome :) Semoga bermanfaat
Tanpa Nama berkata…
Hai saya baru masuk kolej semalam, masa parent balik try hard sungguh taknak nangis and memang tak nangis pun tapi mata duk berkelip kelip jugak lah siap suruh parent balik cepat sikit sebab taknak diorang nampak saya nangis. Bila pagi okay, masuk malam nak tidur nangis teruk, tapi sorok sorok tengok kawan lain okay je. Hmm sedih 17 tahun duduk dengan parent tak pernah jauh 😭 ni still dalam negeri tapi jauh la jugak, ya allah permudahkan lah segalanya. Semoga saya berjaya n dapat balas balik jasa makayah saya. Aamiin
Tanpa Nama berkata…
Dah try mcm2…tapi still homesick…semenjak asyik kene provok..ngan kene ejek ngan member ni….rasa nak balik rumah tu membuak buak…tak tahu nak buat apa dah
Tanpa Nama berkata…
Sabar tau awak, saya pun homesick juga, nangis bila tengok gambar family, bila call pun dah sebak. Semoga Allah permudahkan urusan kita, bertahan untuk belajar. Semoga kita berjaya untuk balas balik jasa mak ayah kita. Aamiin Ya Allah

Catatan popular daripada blog ini

Bercuti ke Pantai Genting, Tumpat

Kenali Kota Seribu Wali, Kota Tarim