7 TIPS HILANGKAN RASA HOMESICK DEKAT KOLEJ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Jauh dari keluarga membuatkan aku mulai belajar untuk hidup berdikari.Semua kena buat sendiri, mak ayah nak tolong memang susah. Kalau mereka ada dekat tak pe. Ni jauh di sana. Asrama di sekolah lain dengan sini.Sekolah dulu dekat je, Kalau ada apa-apa cuma telefon dekat mak ayah je.
kadang kadang cemburu tengok roommate yang rumah dekat dapat balik setiap hujung minggu jumpa mak ayah depa. kita mungkin jarang sekali. Kena cuti sem atau cuti lama sikit baru boleh . Tapi tidak mengapa masa nilah kita belajar nilai menghargai. Masa sem 1 , aku tak adlah home sick teruk sangat. Roommate aku yang duk dekat, homesick dia teruk giler, nasib baik rumah dekat dengan kolej.
Tips untuk korang hilangkan home sick dekat kolej.
1) Cari kawan baru, Kenali roommate/ housemate
Benda yang pertama aku cadangkan adalah kenali rakan anda yang bakal tinggal bersama anda. cuba kenali mereka, tanya asal mana, nama apa. Yelah cubalah kenal, korang kan akan berkongsi bilik air, tempat tidur bersama mereka. Selain korang dapat rakan baru, boleh jugak menghilangkan rasa rindu korang dengan mak ayah. Ni jangan pulak duk sorang-sorang, tak cari kawan, Nanti korang akan lebih teringat kat rumah, teringat kat mak ayah.
2) Ronda Kolej
Aku dulu belajar dekat KMPP, so kolej korang takdelah sebesar universiti tapi takdelah kecik sangat. Aku dulu awal awal duk kat kolej, aku ajak kawan aku ronda kmpp. Kenali mana makmal, bilik tutor, dewan kuliah.Nanti hari first day kelas tak delah sesat nak cari kelas kat mana nanti. Lagipun kat kolej kitorang ada Tasik KMPP. Kalau malas nak ronda seluruh kolej korang, ronda dekat dekat jelah. Pi Usyar jiran sebelah ke, dapat jugak tambah kawan. Buat lah apa apa aktiviti yang membuatkan korang tak duduk termenung sorang.
3) Sertai Mana Mana Kelab Di Kolej
AN NUR COMMITE
.
Selalunya di kolej atau universiti dia akan ada kelab.Aku awal awal dulu kat kmpp masuk kelab Anc , tambah tambah masa tu bulan puasa, so setiap petang aku akan sibuk persiapkan makanan untuk iftar. Memang setiap petang kitorang akan buat macam tu. Disebakan itulah aku kurang sikit ingat kat rumah, kawan rapat aku sorang ni dia pun kuat nangis tapi bila aku ajak dia masuk anc/kelab iftar, dia sekrang dah makin ok. lagipun bila korang sibuk, jadi korang akan lupakan sikit la suasana kat rumah.
4) Ingat Niat Utama Masuk Kolej
seterusnya, ingat balik niat korang nak masuk kolej kenapa. Mestilah nak berjaya dan nak banggakan mak ayah.Nanti nak balas jasa mak ayah kan.so, bila korang rasa sedih teringat kat family, cuma ingat balik kenapa aku datang sini. Niat belajar kerana Allah, nak dapatkan ilmu kan. So jangan sedih sedih lagi ok.
5) Kerap Call Parents
kalau buat macam macam dah tapi takleh move on, cubalah korang call parents. Kerap tanya khabar mereka, sihat ke tidak, dah makan ke belum. Kadang kadang dengar suara mak ayah kita cakap boleh jadi pengubat stress tau.Update life korang dekat kolej.
6) Berdoa Untuk Keluarga
Yang ini kena selalu buat, Doa supaya Allah jaga mak ayah kita.Doa kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat. Kita sekarang dah jauh dari mereka, tak boleh nak tolong, nak tengok mak ayah. Hanya Allah je yang boleh jaga mak ayah kita, so berdoalah selalu ye. Boleh juga nak mengadu kat Allah perasaan kita yang tengih sedih, Allah maha mendengar, Cerita jelah, mengadu pada Allah. Cerita dekat kawan, belum tentu diorang boleh bantu dan fahami. Sebab diorang takde di tempat kita , diorang tak rasa apa yang kita rasa. Kadng kala tak semua orang nak bantu masalah kita, diorang cuma nak tahu. Jadi yang terbaiklah mengadu dekat Allah. Bukankah Allah yang meletakkan perasaan homesick, rindu dekat kita? Allah juga yang mampu rawat rasa homesick kita.
7) Kawal Emosi
Akhir sekali, korang kena pandai kawal emosi. Nak sedih boleh tapi janganlah keterlaluan sangat, kat mana mana pun nak nangis. Korang dah besar dah, janganlah nangis selalu.Pandailah kawal perasaan korang. Korang nak ke tengok mak ayah sedih tengok korang asyik menangis. So , sis kena kuat okey.
Ulasan