IKON CILIK PELEMPAR BATU, FARIS AUDAH


 


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Pada kali ini saya menceritakan  kisah tentang seorang Ikon cilik  yang bernama Faris Audah. Siapa Faris Audah? Faris Audah adalah dikenali budak pelempar batu kerana degan berani melemparkan batu ke arah zionis walaupun dirinya waktu itu masih kecil . Faris Audah dilahirkan di Gaza pada 16 Jun 1985 (ada yang berkata pada 3 Disember 1985) . Beliau syahid pada  November 2000 di daerah yang bernama Ma’bar Karne ( Karni crossing ) ketika berusia 14 tahun, setelah ditembak penjajah zionis Israel.

 

Faris Audah seorang anak muda yang Palestine yang mempunyai integriti moral yang kuat dan jiwa patriotik yang mendalam. Faris Audah yang dibesarkan oleh bapanya Fayek dan ibunya Anam bersma 8 lagi adik beradiknya yang lain di Zeiton, Gaza.

Sejak kecil, Faris Audah adalah remaja yang sangat berani, dicatatkan pernah melompat di antara bumbung 4 tingkat berjarak 8 kaki di antara satu sama lain.

 

Ketika Meletus Intifadah yang kedua iaitu Intifadah Al-Aqsa ,Faris Audah sering hilang dari sekolah dan rumahnya kerana berkali-kali menyertai demo berdepan dengan zionis Israel. 

 



 Faris melakukan serangan yang sengit dengan hanya bersenjatakan batu . Aksinya telah dirakam oleh kamera stesen TV dan gambar-gambarnya juga telah tersebar dalam internet. Gambar ini diambil oleh wartawan Associated Press 10 hari sebelum beliau ditembak zionis.

Kesyahidan beliau menjadikan Intifadah menentang Israel semakin semarak. Kalau dulu Faris AUdah menentang Israel dengan batu jalanan, kini pejuang AL-Qassam melancarkan roket yang dapat bergerak dengan jauh sekali.

 

Faris Audah pernah berkata

“AYAH, AKU INGIN HIDUP MULIA DI HADAPAN ALLAH DAN NEGERIKU. AKU AKAN TERUS MELAKUKAN SERANGAN SUPAYA PARA PENJAJAH TERUSIR DARI NEGERI KITA. AKU MEMANG TIDAK MEMILIKI BEKAL YANG CUKUP (senjata untuk melawan musuh).

 

TETAPI ITU BUKAN HALANGAN UNTUK BERBUAT SESUATU YANG BERGUNA UNTUK NEGERIKU. MAKA AKU IKHLASKAN DIRIKU UNTUK AKU MATI DALAM SERANGAN KERANA AKU INGIN MEMBUAT SESUATU UNTUK NEGERI KITA.”

 


 

 

Ulasan

Zarinal berkata…
#FreePalestine

Catatan popular daripada blog ini

7 TIPS HILANGKAN RASA HOMESICK DEKAT KOLEJ

Bercuti ke Pantai Genting, Tumpat

Kenali Kota Seribu Wali, Kota Tarim