Hari Peringatan Tragedi Kebakaran Masjid Al Aqsa 1969
Pada pagi 21 Ogos 1969, seorang pelampau Kristian Australia, Denis Michael Rohan, telah menyalakan api dengan minyak tanah di Masjid Al - Aqsa.Api itu telah memusnahkan mimbar yang dibina dengan rumit pada abad ke 12, iaitu dikenali sebagai mimbar Salahuddin.
Ketika trak bomba dari bandar-bandar tebing barat tiba, pasukan penjajah Israel telah menghalang masuk ke lokasi kejadian. Oleh itu rakyat Palestine iaitu Muslim dan Kristian bergegas ke masjid untuk memadamkan api .
Ketika berita kebakaran tersebar, demonstrasi besar besaran bermula di seluruh bandar. Jerusalem mulai yang dijajah mulai mogok. Rohan yang berada di "Israel" sebagai pelancong, ditangkap dua hari kemudian . Dia mengaku "tidak siuman" dan dihantar pulang. Serangan pembakaran itu adalah salah satu dari beberapa serangan sejak penjajahan Israel di Jerusalem Timur pada tahun 1967.
Beberapa serangan lain yang berlaku . seorang tentera Israel melepaskan tembakan ke arah jamaah di dalam masjid, membunuh dua orang dan mencederakan enam yang lain.
Pada bulan Oktober 1990, polis Israel membunuh 21 rakyat Palestine dan mencederakan beberapa orang dalam petempuran yang meletus ketika pelampau Yahudi cuba meletakkan kuil Yahudi di dalam masjid.
Ingat, tugas menjaga Masjid Al Aqsa bukan tugas kepada rakyat Palestine, sahaja malah menjadi tanggungjawab kita semua umat islam di seluruh dunia. Masjid suci Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat islam dan masjid suci yang ketiga. Menjadi tanggungjawab kita untuk melindunginya. Bangunalah wahai umat islam, bangkitlah dari tidurmu. Al-Aqsa memanggilmu, tidak bergetarkah hatimu.
Rakyat Palestine telah lama menderita demi menjaga keselamtan dan kesucian masjid Al-Aqsa namun kita? Banyak yang terkorban dan banyak yang telah cedera.
You dont need to be Muslim to stand for Palestine, You just need to be HUMAN.
From the river to the sea, Palestine will be free.
Ulasan