7 Tips Mengatasi Stress Di Kolej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Hai, semua . Assalamualaikum dan apa khabar? Semua sihat. Kalini saya nak kongsi tips nak elakkan despresi atau stress terutama waktu belajar. Kes stress ada banyak sebab tau, ada sebab putus cinta , yang ni dah biasa kan. Ada yang stress sebab masalah keluarga, masalah dibuli, masalah kerja tak siap, assignment tak siap, dan banyak lagi.
selalunya orang yang stress akan overthinking. Dia akan pikir semua orang tak suka dia, yang itu akan buat dia makin down and down. Dia akan rasa bersalah dengan kesalahan dia buat dan akan terus menyalahkan diri dia sendiri.
1.TENANGKAN DIRI
Bila awak ada masalah , tak kisahlah besar atau tidak, pertama sekali awak kena tenangkan diri. Jangan takut dan panik. Semua orang ada masalah dengan berbeza. Relaxkan diri anda. Cara nak tenaglan diri yang pertama, tarik nafas panjang-panjang dan hembus. Kosongkan fikiran. Cara lain nak tenangkan diri berbeza sebenarnya mengikut orang, salah satu yang saya cadang adalah bersukan. Sukan ni mampu kurangkan tekanan tau. Bila awak tengah bersukan, badan awak akan lepaskan satu hormon yang melahirkan perasaan gembira dan bantu melawan depresi. Gunakan waktu petang atau awal pagi untuk melakukan sukan.
2.JANGAN HANYA DUDUK DI DALAM BILIK SAHAJA
Sebagai seorang student, saya tahu memang ramai student akan suka duduk dalam bilik tapi ada je yang tak suka duduk dalam bilik. Sebenarnya duduk dalam selalu tidak elok dan tidak bagus. Sekali sekala awak perlu keluar untuk hirup udara segar . Sekurangnya keluar waktu petang, waktu petang tak elok tau untuk study, tidur pun tak elok. Duduk dalam bilik akan membuatkan anda mudah stress dan tertekan. Keluarlah jumpa kawan-kawan. Universiti bukan sekadar peperiksaan semata-mata.
3. KAWAN DAN DIARY
Satu lagi, kalau awak rasa masalah yang awak hadapi tu berat dan tak mampu tanggung sorang-sorang , cuba awak mengadu dekat kawan , kawan yang awak percaya dan rapat tau. Luah dekat dia masalah awak dan minta sedikit nasihat. Kalau awak ada kawan yang mengadu masalah dekat awak, saya sarankan jangan terus memberi nasihat. Dengar dulu masalah dia sampai habis, bagi dia masa untuk luahkan masalah dia , apa yang dia rasa and then baru bagi nasihat. Satu lagi kalau awak takde kawan , awak boleh luahkan perassan sedih awak dalam buku , mana-mana buku kosong. Luahkan segala dalam tu. Masalah ni kita tak boleh pendam lama-lama tau. Tapi kalau awak islam, lebih baik mengadu dekat Allah, Dia adalah sebaik-baik penolong,
4. JUMPA KAUNSELING
Kalau masih buntu macam mana nak atasi masalah ni, saya cadangkan cuba jumpa kaunseling. Kalau malu, bawak kawan sekali. Kalau awak ada kawan baik yang ada masalah tapi tak nak jumpa kaunseling, awak guna cara ni. Ajak dia jumpa kaunseling bersama dengan awak. Bagitau yang nak jumpa kaunseling tu awak dengan ajak dia teman. Bagitaulah kaunseling tu plan awak awal-awal. Jumpa kaunseling tak semestinya bila stress sahaja. Kalau tiada masalah dan nak jumpa utuk minta nasihat pun takpe.
5.TIDUR YANG CUKUP
Pastikan tidur yang mencukupi , jangan terkurang atau terlebih. Tidur dalam pukul 10.00 hingga 11.00 malam dan bangun dalam pukul 5.00-6.00 pagi. Tidur yang cukup dan berkualiti dapat memberi tenaga untuk badan berfungsi dengan baik. Kurang tidur boleh menjejaskan emosi sehinnga boleh membuatkan and mudah hilang fokus dan mudah marah.
6. JANGAN BERSENDIRIAN SAHAJA
Yang ni paling penting, jangan duduk sorang-sorang tau. Cubalah berhubung dengan orang kseliling. Kalau awak ada masalah dengan orang keseliling contohnya, gaduh dengan rommate atau classmate palau ke, kawan lari cuba call parents dekat rumah. Tanya khabar diorang dah makan ke , sihat ke. Kalau nak mengadu masalah dekat mak ayah pun ok. Tapi saya tahu ada yng taknak susahkan mak ayah kan. Tapi yang penting jangan berseorangan, langsung tak contact sape-sape. Sekurang tegurlah apa-apa, kucing ke, makcik kantin ke.
7.MENANGIS
Sesetengah orang, bila dah stress dia tak suka menangis, Dia fikir kalau dia menangis dia akan nampak lemah. No, kadang-kadang awak perlu menangis. Jangan pendam, nanti lagi teruk. Menangislah . Lepaskan semua semua beban yang ada dalam kepala. Awak tak akan nampak loser pun kalau menangis.
saya selitkan gambar kata positif sekali, be strong ok :)
Fighting ;)
Ulasan