Kerajaan Babylon oleh Ustaz Auni Mohamed

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


 

Kerajaan Babylon ini hidup pada pemerintahan kuno iraq dimana terdapat Raja Namruz yang sombong dan bongkak . Maka diutus Nabi Ibrahim a.s untuk membawa Namruz ke jalan yang benar.  

 SUMBER SEJARAH

Biasanya sejarah diambil dari tiga sumber :-

  1. Sumber tertulis/ tercatat seperti buku-buku lama, kitab-kitab lama.
  2.  Sumber berasas kepada keturunan, salasilah dan kerajaan.
  3.  Perkara-perkara yang masih wujud dan tinggalan yang masih wujud untuk dikaji. Macam tinggalan seperti tinggalan sejarah lama, alat-alat yang lama, rumah ibadat yang ditinggalkan dan lain-lain. 

 Ini adalah sumber dahulu. sekarang dinamakan sumber primer dan sumber sekunder macam sekolah rendah dan sekolah menengah. 

Menurut Ibnu Khaldun dalam kitab Muqqadimmah menyarankan bagi sesiapa yang berminat akan bidang dan ilmu sejarah mesti melalui tiga ilmu ini iaitu :-

  1. Tabaqatul Ard - Ilmu isi-isi bumi. Contoh di bumi Africa kaya dengan permata, di bumi arab kaya dengan minyak.Segala isi yang ada di dalam muka bumi ini.
  2. Takhtitul Ard - Ilmu batas-batas bumi. Contoh, bentuk bumi macam mana, iklim dan cuaca bumi dan di suatu tempat , ada berapa benua. Pada mulannya benua cuma ada tiga benua iaitu Asia, Africa dan Eropah. Pada abad ke 15, berjumpa dengan benua America dan Abad ke 17 bertemu dengan Benua Australia. Maka terdapat 5 benua kesemuannya. Contoh lain ilmu Takhtitul Ard, adalah Geografi .
  3. Takwimul Buldan - Ilmu persempadan negara . Zaman rasulullah dahulu tak banyak lagi negara dan petempatan. Rasulullah dulu banyak duk dakwah di bahagian timur tengah, bahagian negara Palestine, Iraq, Mesir dan negara lain. Mungkin disebabkan tempat lain seperti America tiada lagi penduduk dan penghuni. Tak macam sekarang banyak penempatan dan negara. Jadi kalau kita nak  belajar dan kaji sejarah tak boleh tengok peta sekarang, kena tengok peta zaman dahulu. Sebab peta sekarang dan dahulu tak sama. Sekarang banyak yang dah berpecah menjadi pulau-pulau yang kecil. 

 B.A.B.Y.L.O.N (kosa kata dan pendapat)

kosa kata Babylon dari pelbagau jenis :-
  • Babylon = Bahasa Greek @ Yunani
  • Babilu = Bangsa Arcadia
  • Babirus = Bangsa Parsi Kuno
  • Migdal Bavel = Bahasa Ibrani
  • Buruj Babil = Bahasa Arab 

Pendapat mengenai Babylon :-

(1) Diambil daripada dua suku kata, iaitu Babil

         Bab- Pintu               il - pencipta/tuhan 

(Israil - maknanya hamba Allah sebab itu banyak nama malaikat banyal il hujungnya)

maksud perkataan Babil adalah 

  •  Pintu gerbang tuhan
  • Bandar tuhan 
  • Pintu gerbang yang sempurna

 (2) Ulama mengambil pendapat bahasa yang dapat difahami.

                                      Gambaran menara babil yang tidak sempat disiapkan
 

Maksudnya adalah : Pada kerajaan Namruz dahulu , Raja Namruz nak bina Menara Babil iaitu bangunan pencakar langit yang pertama . Pada masa tu bahasa yang digunakan di zaman Namruz hanya satu bahasa sahaja iaitu bahasa Ibrani (bahasa kitab Taurat , Nabi Musa) atau bahasa Suriani (dari kitab Injil Nabi Isa). Raja Namruz nak bina satu bangunan pencakar langit yang pertama bagi nak capai keberadaan tuhan. Dalam bahasa mudah dia nak capai istilah yang disebut dalam islam iaitu arasy Allah, nak capai langit.Atas rasa keseombongan ini  lalu Allah mempelbagaikan bahasa pada ketika itu dalam sekelip mata ,menjadikan daripada awalnya mereka dapat berhubung dari 1 bahasa menjadi 72 bahasa. Maka akibat saling tidak faham , proses pembinaan tergendala dan dihentikan. Disebabkan dari segi masalah bahasa. Semua cakap lain bahasa.  Nak tahu lagi refer Kitab Injil  dalam The  the book in Genesis Fasal 10 ayat 10. Melalui kisah ini ulama mengatakan daripada bahasa yang tidak difahami.

FAHAMAN FREEMASON KEPADA PANDANGAN KEDUA

Inilah pemaknaan yang kedua dan diambil dan diguna oleh kumpulan-kumpulan Freemason sekarang. Freemason antara kumpulan yang berhaluan dan berfikiran kiri, yang bergerak bawah tanah dan berselindung disebalik kumpulan-kumpulan kebajikan dan kumpulan yang tolong orang. Antara yang besar, Freemason, yang besar lagi School & Born , antara besar lagi Skill 321 . Itu nama yang terkenal tapi banyak lagi kumpulan-kumpulan dia. Tapi yang  besar ada dua, Freemason dan Illuminiti. Freemason dia ambik takrif kedua kenapa? Apa maksud Free dan Mason? Free maksudnya bebas, Mason maksudnya buruh-buruh binaan,pekerja-pekerja binaan, arkitek yang bebas, jurutera yang bebas. Mereka mengambil takrif ini kenapa? Untuk menganggap pengasas dan ketua asal kepada Freemason ialah manusia yang paling pakar Allah bagi daya intelek kepada dia dengan 3 ilmu asas iaitu ilmu seni reka dan seni bina , ilmu matematik  dan ilmu falak. Tiada orang yang lain yang Allah rakam dalam Quran iaitu Namruz. Dia ambik pendapat kedua sebab naik kaitkan dengan Menara Babil dan menganggap yang pengasas dan ketua pertama dan asal Freemason ialah Namruz. Dan tidak pelik dan gerak kerja Illuminiti dan Freemason hari ini lebih merujuk kepada Sistem Dajjal. 

KENAPA IRAQ DISERANG?

Dalam masa yang mana bila ada Menara Babil dan Kuil Marduk, mereka nak wujudkan satu kebudayaan , ketamadunan, kefahaman yang sama iaitu dalam bahasa yang mudah, dengan memisahkan urusan kegamaan dengan urusan manusia. Maksudnya urusan dunia lain, urusan keagamaan lain. Yang ini dia wujudkan dalam satu ketamaduanna, kebudayaan dan kefahaman. Yang ini yang duk diterap oleh Namruz sepanjang zaman pemerintahan dia di Babylon pada suatu ketika dahulu. Pada harini dalam kotak pemikiran orang-orang di Barat yang menganut fahaman illuminiti dan freemason, mereka bukan menganggap Kota Babylon kuno yang berada di dalam tamadun Mesopotamia yang ada zaman Iraq kuno dahulu itu adalah peninggalan yang telah wujud  di atas muka bumi. Otak dan fikiran mereka bukan fikir kota Babylpn pernah wujud tetapi lebih daripada itu. Itu kenapa mereka mahukan kawasan itu sekarang sampai mereka serang dan bom Irak kerana unuk masa hadapan. Mereka nak wujudkan balik elemen-elemen tadi yang pernah diserap dan dilaksana oleh Namruz. 1 pemerintahan yang berpusat di 1 kawasan.


 KERAJAAN NAMRUZ DAN IDEA SEKULARISME

Kalau kita tengok kerajaan mesopotamia, sebenarnya ada 4 kawasan besar.  Ada kerajaan Summeria, kerajaan Babylon, Kerajaan Arseria dan Kerajaan Parsi Kuno. Semua tu Namruz buat satu kawasan di Babylon nak cipta satu tempat pemerintahan yang mana semua manusia kena tunduk dengan satu pemerintahan ini, Semua manusia kena taat dan tunduk dengan semua kanun yang beliau cipta di Babylon. Elemen-elenen tersebut kini nak diterapkan balik. Semua rakyat  berkumpul di bawh satu pemerintahan.

Antara 4 Daerah paling besar Namruz  

  1.  kerajaan Babylon
  2. Kerajaan Erech 
  3.  Kerajaan Accad 
  4. Kerajaan Cadea, negeri Caidan - dimana Nabi Ibrahim a.s diutus
 
1 pusat pemerintahan yang mana semua manusia kena tunduk dan elemen tersebut nak diterapkan balik. Semua negara berkumpul dan akhirnya tercipta NWO, New World Order. Kalau dahulu disebut OWG, One World Government iaitu dengah bahasa mudah PBB. Semua disatukan dalam satu pakatan tapi yang jadi bos siapa, kita atau dia? Dialah, yang ada kuasa veto dan kebal segala undang-undang. Kalau negara lain, orang lain buat salah, tampar, tembak, bom, serang. Dia buat salah apa-apa , tak kena apa-apa. 5 kuasa veto, America, British, China, Russia dan Perancis. Satu lagi yang power dipanggil G8. Negara G8 tambah tiga lagi, Japan, Germany dan Kanada. Ini kuasa G8. Pastu dia buat hak bahagian peperangan, hak bahagian Nato, perubatan dan lain-lain.  

Dia cuba tiup elemen-elemen ini sejak sekian lama, cuma tukar nama , wajah dan topeng saja. Akhirnya, gagasan ini diterima dan diperjuangkan oleh George Jacob Holyoake. Pada 1846, George Jacob Holyoake yang mengutarakan idean sekularisme. Sekularisme inilah yang pernah dijalankan oleh zaman Namruz pada masa dahulu, mungkin bukan nama itu. Inilah elemen-elemen yang ada pada Zaman Namruz dahulu, dan pada zaman Babylon dahulu. Elemen ini lah yang memisahkan terus hubungan antara pencipta dengan manusia. 

Dengan bahasa mudah sekularisme pada masa kini dan hari ini tentang urusan-urusan agama jangan sesekali dicampuri dengan orang dan masyarakat awam. Urusan agama jangan sesekali dicampuri dengan urusan politik. Urusan agama jangan sesekali dicampur dengan urusan kerajaan dan pemerintahan. Itulah sekularisme. Pada hari ini negara mana yang hampir tidak terlibat dengan sekularisma? Sistem sekularisme cukup mudah. Antara yang paling dominan adalah sistem pilihan raya, tapi kita adalah bentuk-bentuk lain yang memboleh dan mengharuskan kita menggunakan laluan ini dengan cara yang tersendiri. Tetapi sistem ini memusnahkan terus apa yang dikata sebagai istilah agama, divine of sovereignty. Divine Sovereignty ini adalah kedaulatan Ilahi. Daulat Ilahi akan hilang bila kita mengangkat idea sekularisme.    Contoh , apa yang kita kata hilnag dari sudut kedaulatan Ilahi. Kita tengok sejarah Nabi Muhammad dan para sahabat. Zaman Nabi sudah ada utusan-utusan yang nabi hantar untuk bagi seruan islam dan seruan dakwah. Hantar sahabat-sahabat.

IDEA SEKULARISME MASA KINI VS ZAMAN SAHABAT DAHULU 

dari segi dakwah

 Dahulu semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, islam banyak tersebar. Rasulullah menghantar para sahabat ke petempatan lain untuk menyebarkan islam dan mendakwah mereka. Selepas kewafatan Rasulullah, zaman sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar paling banyak penjelajahan dibuat untuk membebaskan . Di dalam agama islam tiada istilah penjajah dan penakluk , kita ada pembebas iaitu adalah membebaskan  manusia dan mengajak manusia yang menyembah makhluk semasa makhluk kepada menyambah Allah. Tempat inilah yang kita nak jejak dan cari. Sahabat cari kawasan tu.Apabila sahabat, ada 3 cara yang sahabat buat.  Antara wasiat Rasulullah saw kepada para sahabat, apabila berdakwah dengan tiga cara .

  1. Perkenalkan mereka dengan agama islam. Terangkan apa itu syariat , apa itu islam sehingga mereka berminat dengan islam. Jika mereka berminat, mereka akan masuk islam.
  2. Namun , jika mereka menolak maka para sahabat akan menguasai dan memerintah tempat tersebut kerana tidak mahu lagi ada kesyirikan yang ada dalam negeri itu. Dimana mereka nanti akan perlu dibayar cukai dan mereka akan dilindungi.  
  3. Jika mereka menolak dua perkara di atas , barulah berperang. 

 Dahulu bebas nak buat macam tu. Namun , masa kini kita tak dapat dah buat cara ini kerana kerana banyak negara sudah berdaulat . Contoh , kalau si A nak cakap nak pi Thailand , nak bebaskan mereka pastu si B cakap tak boleh negara Thai negara berdaulat. Nanti akan ada perang, tembak dan macm-macm lagi. Pastu Si A nak pi negara Singapore sebab kecik sikit. Si B cakap tak boleh negara Singapore pun negara berdaulat, nanti macam ni , macm tu. Kesimpulan kita tak dapat lagi sebar islam macam shabat dahulu. Sekarang banyak negara berdaulat, tapi di dalam negara tu banyak benda yang khurafat benda yang Allah murkha . Ramai sekarang tak berani nak sebar islam macam dulu. Sebab itu semua duk tunggu pejuang akhir zaman iaitu Imam Mahdi, Nabi Isa a.s untuk tegakkan syariat islam dan sebarkan islam. Tapi kita ni takkan nak tengok dan tunggu je? Tak buat apa-apa. Tapi ya kita fikir kalau lawan kalah jugak . Betul , tapi Allah tak tengok kita menang ke kalah tapi Allah tengok usaha kita. Mas sahabat Rasulullah dan sahabat perang, Allah tak bagitau akan menang tapi mereka pi ja perang. Cuba check diri kita?

BANGSA SUMERIA

 Bangsa Sumeria adalah bangsa yang kuat dan bertenaga tapi zaman 2300 sebelum Masihi jiran sempadan iaitu bangsa Semite telah menyerang dan melawan bangsa Sumeria sehingga mereka kalah dan bangsa Semite menang. Bangsa Semite ini ras hampir sama dengan bangsa Yahudi dan bangsa Arab. Selepas kalah, dijaga oleh Maharaja Sargon yang agung. Peperangan berlaku pada 2300 sebelum Masihi dan Namruz lahir 2275 Masihi. Namruz meninggal pada 1943 Masihi mengikut sesetengah pandangan. Maksudnya Namruz lahir lewat sedikit daripada Kerajaan Semite yang diperintah Maharaja Sargon. Semasa pemerintahan Namruz , muncul utusan Allah iaitu Nabi Ibrahim a.s. 

ISTERI-ISTERI NABI IBRAHIM A.S

Isteri-isteri Nabi Ibrahim yang biasa kita kenal dan tahu adalah Sarah dan Hajar. Akan tetapi dalam kitab taurat, dan injil dibongkarkan rahsia dan ianya masih di dalam kajian yang amat berat dan besar. Bahawa isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s dikenali sebagai Ketura. Ketura atau Katurah yang daripada Keturunan Maharaja Sargon. Kalau dilihat dari tarikh-tarikh tadi , keajaan Maharaja Sargon dengan Namruz hampir tepat dan benar. Kalau isteri Nabi Ibrahim a.s daripada anak atau cucu Maharaja Sargon, kerana Maharaja Sargon memerintah bawah 2300 Sebelum Masihi dan pelataran masa Namruz lahir 2275 Masihi dan Nabi Ibrahim hidup di masa ini. Sama ada dia dapat anak zaman dengan anak atau dengan cucu Maharaja Sargon. Isteri nombor 4 masih dipertikai dengan namanya Hajun. 

Keturah ini isteri nombor 3 Nabi Ibrahim dan yang melahirkan bangsa Jawi. Keturunan bangsa Jawi daripada keturunan Nabi Ibrahim dan Keturah namun masih dalam pertikaian dan khilaf para pengkaji. Namun kita ambik sebagaimana yang telah dipesan oleh Nabi kita . Nabi pesan kalau dengar  cerita tetang "Israliat" , jangan tolak sepenuhnya dan jangan percaya sepenuhnya, duduk di tengah-tengah. Sebab "israliat' kalau tolak tak akan jadi apa-apa kalau terima pun tak jadi apa-apa. Takut kita tolak, ianya betul dan terima ianya salah. Rasulullah pun tak berani bagi jaminan kalau satu-satu cerita itu benar atau salah. Kerana cerita-cerita Israliat dibawa oleh ulama-ulama yahudi yang ada sebelum kelahiran Rasululah. 

MAHARAJA SARGON DAN URNAMMU

Maharaja sargon ni wilayah dia besar , dia memerintah seluruh kawasan Sumeria yang dia telah menangkan dan kerajaan Akkadian. Akkadian ini disebut sebagai Mesopotamia. Ibu negara ialah Agade. Dari Sumeria ke mesopotamia disebut Akkad atau dikenali sebagai Aggad. Selepas dia meninggal naik seorang raja bernama Urnammu lahir pada 2113 Sebelum Masihi dan meninggal pada 2096 Sebelum Masihi. Urnammu ni maharaja pertama yang bina bangunan Ziggurat. Ziggurat dibuat semasa pemerintahan Urnammu. Dia buat bangunan ziggurat di atas bukit dengan 3 laluan. Maksudnya ada tiga laluan untuk naik sampai ke atas puncak. Setiap laluan ada 100 anak tangga . Ketiga-tiga mempunyai bilangan anak tangga yang sama.


 MESOPOTAMIA MASA KINI

 


Selepas itu berlaku perpecahan. Negara atau wilayah Sumeria yang kecil dan yang kalah dalam perang tiada kerajaan besar dan tiada tumpangan kerana asyik berperang. Jadi pemerintahan seterusnya mulai mensasarkan Babylon sebagai bandar utama. Masa itu Namruz naik memerintah dan jadilah kisah tadi. (Perenggan di atas) . Digambarkan Kota Namruz @ Babylon dan sisa-sisanya pada masa kini  ada di Iraq. Kalau kita Iraq, dia duk (27@97) KM kearah selatan Bandar Baghdad, di situlah kerajaan Babylon berada. Itulah ada kesan-kesan taman tergantung Babylon .Kerajaan Babylon duk sebeleh sungai Furat . Sungai Furat di Iraq. Satu lagi sungai terkenal adalah Sungai Tigris. Hulu sungai Tigris berasal daripada pergunungan Armenia. Armenia sekarang di kawasan Turkey dan berakhir di Teluk Parsi.

 Kotanya berbentuk segi empat dan ditengahnya ada sungai Tigris dan didalamnya ada banyak kuil. Salah satu kuil yang besar dan terkenal adalah Kuil Marduk . Sebelah kuil itu nak dibina Menara Babil, tapi sekerat. Kebanyakkan dinding berlatar simbol biantanag buas seperti harimau, leopard dan banyak lagi. Inilah yang dinamakan mural dan juga dipanggil graffiti.

SEJARAH GRAFFITI


 

Graffiti ini berasal dan bermula daripada Eropah. Dimana orang yang lukis di dinding asalnya dikenali sebagai "toilet Art" . Apa itu toilet Art? Seni tandas Disebabkan orang dahulu iaitu orang yang berseni dia akan conteng tandas. Dia akan conteng menjadi lukisan yang cantik . Lalu dia dikembangkan menjadi graffiti.

SISTEM YANG DIGUNA OLEH NAMRUD DAN SULTAN SALAHUDDIN

Di luar bandar Babylon , ada dibuat bukit tiruan dan diatas buki dibina 1 podium. Podium itu dinamakan taman tergantung. Dia tanam rumput, pokok, bunga menjadi taman. Bukit itu bukan asli, tapi buatan. Di tengah podium , ada kolam . Di kolam ninada air terjun buatan yang mana airnya disedut dari sungai Tigris. Sistem ini Namrud yang buat mula-mula. Air ini diambil dari tempat rendah ke tempat tinggi. 

Sistem ini juga diguna oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi di Qalaa, Mesir. Dulu kan Mesir dalam kepungan, Sultan Salahuddin buat di Qalaa, sebuah kubu yang besar dan menyedut air dari sungai Nil naik ke atas menggunakan sistem yang sama. Tapi hebatnya Sultan Salahuddin ni ketika perang berlaku, untuk pertahankan kerajaan Ayyubid di Mesir. Mulai sahaja perang, dia mulai bukak kitab Muwwata Imam Malik. Setiap malam dia belajar 1 hadis dengan seorang ulama dan fahaminya. Malam tu mulai perang, malam tu mulai belajar. Habis sahaja kitab tu malam ni, esok capai kemenangan pada dia. Ini adalah bentuk karomah yang Allah bagi kepada beliau. 

Yang menjadi persoalan, kolam tu ke yang dinamakan taman tergantung? Masuk dalam podium, dalam tu ada 1 kolam. Di tengah kolam ada satu lagi tempat yang dikatakan bergantung. Bergantung sebab dia guna sistem graviti yang sama  tinggi dengan nilai pernisbahannya. Seperti contohnya, kita di sebuah ruang dan kita nak terapungkan  phone. Maka kita kena pastikan ukurannya bagi setiap 4 bucu phone dengan dinding mestilah sama jaraknya (antara dinding ruang dan bucu phone) . Jadi phone tadi duk di tengah-tengah , gerakan graviti di tengah-tengah, jadi tak jatuh. Kalau tersalah jarak sikit, maka akan terjatuh .Benda yang ti tengah tu dinamakan taman tergantung. Ilmu tu tak pasti sampai zaman sekarang, mungkin ada tapi kita tak tahu. Inilah yang direkod dari sejarawan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 TIPS HILANGKAN RASA HOMESICK DEKAT KOLEJ

Bercuti ke Pantai Genting, Tumpat

Kenali Kota Seribu Wali, Kota Tarim