Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

Tips dan nasihat apabila masuk asrama sekolah berdasarkan pengalaman sis

Imej
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم    Assalamualaikum semua dan apa khabar? Pertama sekali terima kasih kerana sudi singgah ke blog  yang tak seberapa ini. Kali ini sis akan kongsikan serba sedikit tips dan nasihat buat adik-adik semua yang nak masuk asrama, berdasarkan pengalaman. Sis pernah tinggal di asrama sekolah pada tingkatan 3 dan tingakatan 5. Jadi, sis akan berkongsi sedikit pengalaman sis di asrama sekolah. Bagi makluman semua, Sis bukan bersekolah di asrama   penuh, saya bersekolah di sekolah harian biasa   je. Apa yang sis cerita mungkin akan berbeza sedikit lah dengan asrama korang. Ini khaskan untuk asrama di sekolah ya, bukan di kolej ataupun universiti. Asrama di kolej dan universiti mungkin akan sedikit berbeza daripada asrama sekolah. Kalau korang nak tips di asrama kolej, boleh drop comment "saya nak", kalau ramai sis postkan untuk tips asrama di kolej. Sebelum kita masuk asrama, apa yang perlu disediakan? 1. Persediaan barangan yan

Sayyidina Abu ubaidah رضي الله عنه , Si Gagah dan Jujur

Imej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم Hari ini kita akan mengisahkan tentang seorang sahabat Rasulullah ﷺ yang dijamin syurga iaitu Abu Ubaidah r.a.     Nama penuh Abu Ubaidah adalah Amir ibn Abdullah ibn Al-Jarrah. Merupakan salah seorang sahabat dijamin syurga. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Lahir di Makkah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedagang arab. Di antara orang yang terawal masuk islam , selepas Sayyidina Abu Bakar as Siddiq.  Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa , bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. SIFAT MULIA ABU UBAIDAH   Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Rasulullah ﷺ  tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut