Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

kemurahan Uwais Al-Qarni

Imej
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم   Assalamualaikum semua, pada kali ini topik saya masih berkait dengan seorang wali Allah yang hebat yang terkenal di langit iaitu Uwais Al-Qarni. Pada catatan yang lepas kita boleh lihat ketaatan Uwais terhadap ibunya , sehingga membuatkan beliau begitu terkenal di langit dan menjadi sebutan Rasulullah di hadapan Sayyidina Ali RA dan Sayyidina Umar RA. Siapa belum baca lagi, boleh klik  di sini .  Mari kita berkenalan sedikit dengan biodata Uwais Al-Qarni sebelum bercerita tentang kemurahannya.     Uwais Al-Qarni merupakan seorang pemuda yang masuk islam semasa zaman Nabi Muhammad SAW. Uwais Al-Qarni berasal dari daerah Qaran, di Yaman. Beliau wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan , Turki. Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Nabi, namun beliau tidak pernah berjumpa baginda, Namun selepas kewafatan Rasulullah , beliau sempat bertemu dengan Sayyidina Umar Al-Khattab RA dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA.

Uwais Al Qarni, Pemuda yang terkenal di langit

Imej
  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم   Pada hari ini saya akan menceritakan tentang seorang pemuda yang sangat terkenal di langit yang bernama Uwais Al Qarni. Walaupun Uwais tidak dikenali di bumi, tidak terkenal di kampungnya namun Uwais sangat terkenal di langit, sangat terkenal di kalangan malaikat. Bukan itu sahaja, Uwais Al-Qarni juga merupakan pemuda yang disebut-sebut oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bercerita tentang kehebatan pemuda bernama Uwais Al Qarni. Di Yaman, tinggallah seorang pemuda yang bernama Uwais Al Qarni. Uwais seorang pemuda yang mempunyai penyakit sopak, tubuhnya berbelang-belang. Merupakan penyakit yang tidak digemari oleh orang ramai. Uwais berpenyakit sopak sejak lahir dan ibunya menjaganya sehingga Uwais tumbuh dewasa. Walaupun tidak sempurna, ianya bukan satu halangan untuk Uwais berbaikti kepada ibunya dan menjadi pemuda yang sholeh.  Ibu Uwais seorang yang lumpuh dan tidak m