Wanita Tarim, Bidadari Bumi Yang Terpelihara
WANITA TARIM, BIDADARI BUMI YANG TERPELIHARA ِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kehidupan wanita-wanita Tarim. Sebenarnya nak menulis pun saya rasa tak layak, tak layak untuk menceritakan tentang wanita-wanita yang hebat dan terpelihara yang ada di Bumi Tarim. Sesungguhnya mereka wanita yang hebat, terpelihara dan dijaga dengan baik, sangat jauh berbeza dengan saya. Namun, semoga dengan sedikit usaha yang kecil dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. Semoga dengan coretan ini dapat menjadikan kita menjadi wanita yang lebih baik dari semalam dan menjadi hamba Allah yang taat. Ini kerana wanita adalah hiasan dunia, maka jadilah sebaik-baik perhiasaan. Tanpa mengelahkan masa lagi, mari kita mulakan. :) Wanita Tarim sangat menteladani dengan Sayyidah Fatima Azzahra RA. Bukankah kita semua harus menteladani Sayyidah Fatima Azzahra RA. Sayyidah Fatima Azzahra RA adalah contoh yang terbaik untuk kita para wanita